Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali senada dengan pendirian presiden parti dalam soal surat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ia adalah hal dalaman parti, tidak wajar dibincangkan di luar.
"Apabila ia hal dalaman parti, adabnya adalah untuk berbincang dalam kalangan parti," jelas beliau yang enggan mengulas lanjut.
Selain itu, beliau turut ditanya tentang calon yang bakal ditampilkan pihak pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar bulan hadapan.
"Saya berharap ia (pertandingan) satu lawan satu antara kami dan Barisan Nasional.
"Saya akan terus membincangkan perkara tersebut sesama parti komponen Pakatan Harapan serta PAS," kata Azmin.
Tambahnya, parti-parti pembangkang harus belajar dari pengalaman di Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, di mana pertindihan beberapa kerusi antara parti pembangkang menyaksikan BN menang 72 daripada 82 kerusi.
BACA: Wan Azizah, Nurul Izzah sifatkan surat Anwar hal dalaman PKR
Hafiz Marzukhi
Wed May 18 2016
![Surat Anwar: 'Tidak wajar dibincangkan di luar parti' - Azmin Surat Anwar: 'Tidak wajar dibincangkan di luar parti' - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71454302467_AzminAli.jpg)
Azmin enggan mengulas lanjut tentang surat Anwar Ibrahim. - Gambar fail
![PM Thailand disahkan positif COVID-19 PM Thailand disahkan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694770094_SretthaThavisinPh.jpg)
PM Thailand disahkan positif COVID-19
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengesahkan hari ini bahawa beliau positif COVID-19.
![Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718556694_TBbotkaram.jpg)
Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga
Dua penumpang hilang manakala tiga lagi terselamat dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Sungai Rajang, Belaga, petang tadi.
Daftar JHEV, kemas kini maklumat untuk bantuan
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disaran agar mendaftar dengan Jabatan Hal Ehawal Veteran (JHEV) ATM serta persatuan-persatuan di lokalti masing-masing dan mengemas kini maklumat semasa melalui sistem VIBES 2.0.
Rumah jadi tempat proses ketum diserbu
Polis menyerbu sebuah rumah pusaka yang dijadikan tempat memproses air ketum dan berjaya menahan dua lelaki, pada Sabtu.
188 rakyat Malaysia jadi mangsa di beberapa negara
Daripada jumlah yang dikenalpasti, sekurang-kurang 109 warga Malaysia terjebak aktiviti 'jobscam' di Myanmar.
Ribuan umat Islam tunaikan solat Aidiladha di Al-Aqsa
Pagi Ahad, ribuan umat Islam berkumpul di masjid tersebut bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha. Lelaki, wanita bahkan kanak-kanak, sebaik sahaja matahari mula terbit, ramai yang sudah ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat.
544 kes libat rampasan RM5.18 juta di Sabah tahun ini
Pengarahnya George Abas berkata tindakan itu hasil pemeriksaan ke atas 31,206 premis perniagaan, dan kompaun sebanyak RM62,300 serta denda mahkamah berjumlah RM20,000 dikenakan terhadap mereka yang sabit kesalahan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.
10 maut bas bawa pelancong terjatuh dalam gaung di India
Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian sebaik insiden berlaku dan membawa penumpang cedera melalui kawasan pergunungan untuk ke hospital.
Israel jeda operasi taktikal, buka ruang untuk bantuan
Tentera Israel mengumumkan pada Ahad akan menghentikan seketika operasi taktikal ketenteraan di Semenanjung Gaza untuk memberi ruang kepada penghantaran bantuan kemanusiaan.
![Surat Anwar: 'Tidak wajar dibincangkan di luar parti' - Azmin Surat Anwar: 'Tidak wajar dibincangkan di luar parti' - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71454302467_AzminAli.jpg)
Surat Anwar: 'Tidak wajar dibincangkan di luar parti' - Azmin
Datuk Seri Azmin Ali senada dengan pendirian presiden parti dalam soal surat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.