Skip to main content

Politik

Syed Saddiq sumbang RM115,000 kepada penduduk Muar hasil kerja sambilan

Syed Saddiq memaklumkan beliau akan terus menyalurkan sumbangan kepada penduduk di Muar. - Gambar fail
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan terus menyalurkan sumbangan kepada penduduk di Muar. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyalurkan sumbangan berjumlah RM115,000 kepada penduduk di Muar hasil pendapatan daripada kerja sambilan yang dilakukannya.

Menerusi perkongsian di sosial media Instagramnya, Syed Saddiq berkata beliau sekali lagi memperoleh kerja sambilan atau penggambaran baharu.

“Alhamdulillah. Dapat kerja sambilan atau shooting baru lagi.

Advertisement

“Saya sumbangkan terus RM115,000 ke Muar.

"Beli 1,000 bakul makanan dan 30 laptop,” katanya ringkas menerusi hantaran tersebut.

Advertisement

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut memaklumkan rutin hariannya bermula dari pagi hingga petang di Parlimen sebelum meneruskan kerja sambilan pada waktu malam.

Sebelum ini, Syed Saddiq pernah memaklumkan bahawa sebahagian pendapatan yang diperoleh menerusi aktiviti komersial dan kerja sambilan akan disalurkan bagi membantu penduduk di kawasan Parlimen Muar, termasuk menerusi penyediaan bantuan makanan serta bantuan pendidikan.

Must Watch Video

Advertisement