JERLUN:Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan mempertimbangkan tawaran daripada parti Parti Amanah Negara (Amanah) untuk masuk dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atas tiket parti itu.
Menurut Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pelawaan itu boleh ditimbang tara sekiranya parti itu tidak meletakkan syarat tertentu.
Katanya, apa yang penting adalah matlamat serta wadah perjuangan perlu selari untuk membangunkan negara serta menunaikan amanah rakyat.
Jelas beliau, sekiranya Amanah tidak meletakkan syarat tiada kerjasama dengan kelompok menyokong kepemimpinan kleptokrat, beliau akan memikirkan perkara itu.
Beliau berkata, kepemimpinan Pejuang terbuka untuk bekerjasama namun syarat berkenaan mesti dipatuhi terlebih dahulu.
"Sepertimana yang kita semua ingat, pada PRU14 hari itu kami semua bertanding di bawah lambang Parti Keadilan Rakyat. Mungkin itu satu kaedah, iaitu calon-calon daripada Pejuang ini bertanding menggunakan lambang daripada parti lain tapi perlu ada persetujuan dengan tuan punya parti itu.
"Satu lagi yang biasa dibuat, ketua parti iaitu presiden parti biasanya yang akan menandatangani watikah calon sebelum itu boleh berlaku rundingan kerusi (tapi) belum sampai tahap tu lagi.
"Namun demikian apabila ada ura-ura pilihan raya akan berlaku tidak lama lagi, maka saya ingat kita dah kena segerakanlah," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Parlimen Jerlun, hari ini.
Selasa lalu Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, menpelawa Pejuang untuk menyertai parti itu dalam PRU15 ini sekiranya penubuhan parti itu gagal dalam permohonan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Astro Awani
Sat Jan 09 2021
MUKHRIZ: Boleh dipertimbang sekiranya Amanah tidak meletakkan syarat tertentu. - Gambar fail
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
18 Ogos keputusan rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Segamat
Mahkamah tidak dapat memutuskan rayuan itu hari ini dan menetapkan pada 3 petang, 18 Ogos untuk menyampaikan keputusan.
MIC nafi ketengah manifesto bebaskan Najib
Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran menafikan laporan yang mengatakan bahawa resolusi manifestonya merangkumi pembebasan Najib Razak.
PH angkuh belum pertimbang penyertaan MUDA - Ambiga
Ketika ini tiada kenyataan rasmi mengenai hasrat parti itu untuk menyertai PH.
Pas terbuka berbincang dengan UMNO kedudukan 27 kerusi kritikal - Tuan Ibrahim
Perbincangan boleh diadakan dalam memastikan kesemua 27 kerusi kritikal berpotensi dimenangi sama ada oleh PN atau BN.
Hormati keputusan mahkamah, beri tumpuan perkasa parti - Salleh Keruak
Semua pihak perlu menghormati proses mahkamah dan hanya perlu memberi fokus terhadap usaha memperkasa jentera dalam berdepan PRU-15.
RoS diharapkan 'murah hati' luluskan nama, prinsip perlembagaan Gerakan Tanah Air - Dr Mahathir
"Kita harap RoS juga bertimbang rasa kepada kita dengan nama, prinsip dan perlembagaan kita dengan secepat mungkin."
Gerakan Tanah Air dijangka bertanding 120 kerusi dalam PRU15 - Dr Mahathir
Tun Mahathir yakin mendapat sokongan daripada rakyat terutama orang Melayu yang menolak rasuah serta penyelewengan.
Gerakan Tanah Air gabungan parti politik Melayu menentang UMNO dalam PRU15 - Tun Mahathir
Ia melibatkan gabungan beberapa parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), ahli profesional dan akademik serta individu tertentu.
PRU15: BN perlu tampilkan lebih banyak muka baharu - Ahmad Zahid
Menampilkan muka baharu sebagai calon PRU telah terbukti berjaya mendapat sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor.
Sayap Puteri BN diluluskan secara rasmi
Kesiapsiagaan jentera Puteri BN ditulang belakangi oleh Puteri UMNO melebihi kesiapsiagaan mana-mana pilihan raya umum lalu.