awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hanya 15% iPhone guna iOS 26 setakat ini
Cuti sudah habis, Akmal Saleh bekerja semula untuk UMNO - ADUN Duyong
Haqimi Azim berhijrah ke Terengganu FC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanjung Piai Memilih: UMNO atau MCA, jentera Pas sedia membantu

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2019
10:45 MYT
Tanjung Piai Memilih: UMNO atau MCA, jentera Pas sedia membantu
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia dilaksanakan sebagai satu bentuk kerjasama kukuh membabitkan PAS dan UMNO selepas Piagam Muafakat Nasional ditandatangani 14 September lepas. Foto: Bernama
Pas tetap akan menurunkan jentera terbaik dalam membantu Barisan Nasional dalam merampas semula kerusi Parlimen Tanjung Piai tidak kira calon itu dari UMNO atau MCA.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia dilaksanakan sebagai satu bentuk kerjasama kukuh membabitkan Pas dan UMNO selepas Piagam Muafakat Nasional ditandatangani 14 September lepas.
"Hari ni UMNO adakan mesyuarat biro politik dan keputusan calon akan dicapai dalam masa sehari atau dua nanti.
“Bagi Pas, kami sudah membuat kenyataan bahawa kami akan turun membantu tanpa mengira calon sama ada UMNO atau MCA.
“Apa yang pasti kami akan membantu kerana ini adalah bukti kerjasama kita,” katanya kepada media selepas merasmikan Himpunan Muttahidah 1.0 peringkat negeri Kedah, di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut pada Jumaat.
BACA: UMNO tunda Perhimpunan Agung 2019, hantar wakil ke Kongres Maruah Melayu
Terdahulu, Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan calon BN akan diumumkan dalam waktu terdekat selepas kajian terperinci dibuat bersama parti komponen.
BACA: PRK Tanjung Piai: Calon diumum selepas kajian bersama komponen BN - Ahmad Zahid
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
#MCA
#PAS
#Piagam Muafakat Nasional
#PRK Tanjung Piai
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan