KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia ingin menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif yang telah dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuka kerjasama semua pihak dalam mewujudkan kestabilan politik dan pemerintahan dalam negara.
Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, apa yang dikemukakan Perdana Menteri bukanlah sekadar retorik justeru parti pembangkang tidak wajar menolaknya demi masa depan negara.
"Persefahaman rentas parti ini adalah kenyataan seorang pemimpin yang berjiwa besar yang memikirkan soal kemajuan negara, bukannya untuk menjaga kepentingan peribadi.
"Cadangan itu adalah peluang untuk membina kerjasama antara parti dan mengembalikan negara ke landasan yang lebih stabil dalam memulihkan kesihatan dan ekonomi negara," katanya bagi mengulas ucapan khas Perdana Menteri berhubungan tujuh tawaran yang dicadangkan Perikatan Nasional kepada parti lain semalam.
Menurutnya kesan pembaharuan itu jika dilaksanakan bukan saja akan mengubah landskap politik negara pada hari ini malah untuk beberapa generasi akan datang.
Dalam pada itu, Naib Pengerusi GERAKAN, Koo Shiaw Lee juga berkata, semua pihak harus mengetepikan perbezaan politik sesuai dengan slogan 'utamakan rakyat'.
"Tanggungjawab yang lebih penting kini adalah membendung penularan COVID-19, menyelamatkan nyawa dan memulihkan Malaysia,"
"Kita boleh nampak disitu, tujuan PN adalah semata-mata untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik. Demi rakyat dan negara," ujarnya.
Tambahnya yang juga Ketua Penerangan GERAKAN, ini bukan masanya untuk bertengkar soal siapa yang patut menjadi Perdana Menteri.
Kita boleh menyelesaikan masalah itu melalui Pilihan Raya Umum (PRU) dengan mengembalikan semula mandat kepada rakyat.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti GERAKAN
Koo Shiaw Lee
Naib Presiden Parti GERAKAN
Media Statement
Sat Aug 14 2021

Apa yang dikemukakan Perdana Menteri bukanlah sekadar retorik justeru parti pembangkang tidak wajar menolaknya demi masa depan negara, kata pimpinan Parti itu dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia sokong cadangan untuk kewangan lestari - Khairy
Malaysia menyokong cadangan untuk mewujudkan kewangan lestari yang akan menjadikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menepati peranannya, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Polis kenal pasti pelajar terlibat pergaduhan tular di Facebook
Polis sedang mengenal pasti mereka yang terlibat dalam pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar sekolah di sini dipercayai berlaku petang tadi yang tular di laman Facebook hari ini.

Petronas tak 'sembang kencang' tentang komitmen dalam nyah-karbon & diversifikasi
Kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik, syarikat itu akan terus fokus memastikan kelangsungan operasi & menggunakan pulangannya untuk membangun industri mendepani cabaran mendatang.

Usahawan tani & ternak di lapangan perlu diperkayakan, elak intervensi agensi - Dr. Noor Azlan Ghazali
Pengarah MINDA-UKM, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berpendapat penternak dan petani sedia ada yang sudah berpengalaman harus disuntik dengan bantuan untuk membesarkan skala perusahaan mereka.

Pelaburan dalam memodenkan sektor pertanian harus diperbanyakkan - Dr. Noor Azlan Ghazali
Pengarah MINDA-UKM, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali melihat usaha menyantuni Revolusi Perindustrian 4 perlu mengangkat sama tumpuan meningkatnkan aplikasi teknologi terkini terhadap sektor pertanian.

Perlu ada kesungguhan untuk modenkan sektor pertanian & penternakan - Dr. Noor Azlan Ghazali
Pengarah MINDA-UKM, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali melihat kerenah birokrasi menjadi kekangan untuk sektor penternakan & pertanian menerapkan teknologi terkini bagi meningkatkan produktivitinya.

AWANI Ringkas: Pencalonan 20 MPP, AMK, Wanita dipinda 29 Mei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ops Pantau: KPDNHEP rampas barangan lebih RM13.32 juta
Alexander Nanta Linggi berkata jumlah itu adalah bagi pencapaian tahun 2022, berdasarkan statistik sehingga Mac dan sebanyak 6,706 aduan telah diterima dengan 89.61 peratus aduan berjaya diselesaikan.

Banjir kilat, pokok tumbang di Seremban
Beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat dan ribut petang tadi sehingga menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghalang laluan utama.

Thailand siasat pesawat AirAsia mendarat di landasan salah
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) sedang menyiasat insiden penerbangan Thai AirAsia yang mendarat di landasan bukan ditetapkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang awal bulan ini.

COVID-19: Majoriti kes kategori 1 dan 2, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM
Daripada 17,352 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini, sebanyak 17,084 kes merupakan pesakit kategori 1 dan 2, di mana 11,250 atau 65.9 peratus tiada vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi.

Tawaran persefahaman rentas parti demi rakyat dan negara - Gerakan
Apa yang dikemukakan Perdana Menteri bukanlah sekadar retorik justeru parti pembangkang tidak wajar menolaknya demi masa depan negara

60 premis diarah tutup, ini tumpuan kenyataan Hishammuddin
814 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas dan 2,379 pemeriksaan telah dibuat oleh KPDNHEP.

Ini bukan pengakhiran, terima kasih anak muda!
Sekretariat Solidariti Rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada ribuan anak muda dan rakyat Malaysia yang hadir secara fizikal mahupun secara maya dalam himpunan #KeluarDanLawan hari ini.

10,151 pekerja asing positif COVID-19, ini 5 tumpuan kenyataan media PKP
Kementerian Sumber Manusia memaklumkan seramai 674,608 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 34,932 majikan.

5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri mengenai PKP hari ini
Ismail Sabri menjelaskan pada Jumaat KPDNHEP telah membuat 747 pemantauan harian

Nafi tohmahan dijadikan 'senjata politik', dakwaan tidak bertanggungjawab - SPRM
SPRM turut menegaskan bahawa agensi penyiasatan itu bebas dan sentiasa memastikan tindakannya berlandaskan undang-undang.

Sidang Parlimen: Kenyataan media Zahid ada sedikit kekeliruan, Pegawai Media BN digantung tugas
Terdapat sedikit kekeliruan berkaitan kenyataan dikeluarkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berhubung persidangan Parlimen .

Lebih 8,000 pekerja asing jalani saringan, ini tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Berikut merupakan tumpuan dalam kenyataan media harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Masih ramai gagal patuhi penjarakan fizikal, ini tumpuan Menteri Kanan Pertahanan
Jumlah individu yang ditahan kerana ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat berbanding hari sebelumnya.