awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul kembali ke Kabinet di bawah Kerajaan Perpaduan

Bernama
Bernama
02/12/2022
15:17 MYT
Tengku Zafrul kembali ke Kabinet di bawah Kerajaan Perpaduan
Tengku Zafrul akan menggantikan bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri ketiga yang menamakan beliau dalam barisan Kabinet selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tengku Zafrul akan menggantikan bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15.
Bekas pegawai bank itu memulakan tugasnya sebagai Menteri pada 9 Mac 2020 apabila beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan di bawah pentadbiran Muhyiddin seterusnya dilantik semula ke jawatan yang sama pada 27 Ogos 2021, di bawah pentadbiran Ismail Sabri.
Kabinet Kerajaan Perpaduan | Pengumuman Kabinet Kerajaan Baharu oleh Perdana Menteri
Sepanjang tempohnya di Kementerian Kewangan, kerajaan telah melaksanakan lapan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion untuk menangani pandemik COVID-19.
Anwar Ibrahim
Kabinet Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim. - Infografik oleh Muhammad Syazwam
Tengku Zafrul juga bertanggungjawab terhadap Pelan Pemulihan Negara dan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana).
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
DAPATKAN LIPUTAN KERAJAAN PERPADUAN DI LAMAN MIKRO INI
BACA: Ahmad Zahid, Fadillah dilantik TPM. Ini senarai penuh Kabinet Perpaduan pimpinan PM Anwar
Beliau bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya umum ke-15 namun kalah.
Sebelum dilantik dalam kerajaan, Tengku Zafrul ialah ketua pegawai eksekutif kumpulan dan pengarah eksekutif CIMB Group Holdings Bhd.
Azmin pula berkhidmat sebagai Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dari tahun 2020 hingga 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kabinet Baharu
#Anwar Ibrahim
#Tengku Zafrul
#Senarai Kabinet baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan