awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tengku Zafrul tidak wajar di bangku simpanan'

Kenyataan Media
Kenyataan Media
02/06/2025
04:30 MYT
'Tengku Zafrul tidak wajar di bangku simpanan'
RIZWAN SHAH: Kepimpinan beliau yang berteraskan pengalaman luas dalam sektor kewangan dan pentadbiran kerajaan telah membawa banyak manfaat kepada negara, terutamanya dalam bidang pelaburan, perdagangan, dan industri.
DUNIA sedang berdepan dengan pelbagai isu penting seperti ketegangan geopolitik yang menjejaskan rantaian bekalan global, ketidaktentuan pasaran komoditi, tekanan inflasi dan keperluan untuk memperkukuh daya saing pelaburan negara.

Ringkasan AI
  • Dunia sedang menghadapi cabaran besar termasuk ketegangan geopolitik dan tekanan ekonomi, manakala Malaysia pula sedang giat melaksanakan transformasi ekonomi digital dan hijau yang memerlukan kepimpinan berpengalaman seperti Tengku Zafrul.
  • Penulis mempertahankan Tengku Zafrul daripada desakan melepaskan jawatan, memuji profesionalisme, integriti, dan sumbangannya dalam sektor pelaburan dan perdagangan, serta menegaskan bahawa kepakarannya amat diperlukan negara ketika ini.
  • Keputusan politik Tengku Zafrul dianggap sebagai hak peribadi yang wajar dihormati, dan penulis yakin beliau akan terus menyumbang secara positif kepada pembangunan negara tanpa mengira platform politik.

Malaysia juga sedang memperhebat usaha peralihan ekonomi berteraskan digital, teknologi hijau dan perindustrian berimpak tinggi. Sudah pasti semua pemain utama negara harus dipertaruhkan.
Amatlah tidak wajar Tengku Zafrul didesak untuk melepaskan jawatan menteri di saat penting ini, lebih-lebih lagi dengan prestasi dan rekod pencapaian beliau yang konsisten.
Ketika negara memerlukan barisan kabinet yang terbaik, tenaga dan kepakaran seperti beliau tidak seharusnya diletakkan di bangku simpanan.
Keputusan ini pastinya bukan sesuatu yang mudah bagi Tengku Zafrul, memandangkan beliau telah bersama UMNO sejak tahun 1997.
Namun, kita harus menghormati hak beliau sebagai individu untuk menentukan hala tuju politiknya, setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk keserasian dan kesesuaian dalam perjuangan politik beliau.
Sepanjang saya berkhidmat bersama beliau di Pejabat Setiausaha Politik Menteri di MITI, saya menyaksikan sendiri tahap profesionalisme, integriti, dan dedikasi yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri.
Beliau sentiasa menekankan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi dan ini jelas terpancar dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil.
Ada yang berpendapat bahawa sesiapa sahaja boleh melaksanakan tugas seperti beliau jika diberikan peluang yang sama, namun saya berpendapat sebaliknya.
Beliau sudah pun diberikan pendedahan untuk menerajui syarikat-syarikat besar sejak umur muda lagi.
Kepimpinan beliau yang berteraskan pengalaman luas dalam sektor kewangan dan pentadbiran kerajaan telah membawa banyak manfaat kepada negara, terutamanya dalam bidang pelaburan, perdagangan, dan industri.
Tidak salah jika beliau mencari tempat untuk terus menyumbang kepada negara.
Saya percaya bahawa keputusan beliau adalah yang terbaik untuk beliau dan keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan yang mendalam demi kepentingan negara.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menghormati dan menyokong individu yang berusaha untuk membawa perubahan positif kepada negara, tanpa mengira latar belakang politik.
Saya juga yakin jika beliau diberikan peluang, beliau akan menjadi ahli politik yang mampu kita banggakan tidak kira di mana beliau berada.
Akhir kata, saya mendoakan agar YB Senator Tengku Zafrul terus berjaya dalam perjuangan politiknya dan dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
Rizwan Shah Bin Azlan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan 1 Jun 2025
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#ketegangan geopolitik
#Rizwan Shah Azlan
#pelaburan dan perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan