awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima kasih atas kepercayaan, saya akan lakukan yang terbaik - Mohamad Alamin

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
27/08/2021
06:18 MYT
Terima kasih atas kepercayaan, saya akan lakukan yang terbaik - Mohamad Alamin
Mohamad berazam melakukan yang terbaik bagi kelangsungan pendidikan negara dalam tempoh pandemik ini.
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin akan memanfaatkan sepenuh kudrat, pengalaman dan idea dalam memikul tanggungjawab baharu sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II.
Menyedari akan tanggungjawab yang pikul cukup besar, Mohamad berazam melakukan yang terbaik bagi kelangsungan pendidikan negara dalam tempoh pandemik ini.
Menerusi catatan di Facebook miliknya, beliau menghargai serta berterima kasih di atas kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepadanya dalam menggalas tanggungjawab di Kementerian Pendidikan.
"Setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan dan mengamanahkan saya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II. InsyaAllah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara.
"Terima kasih juga kepada Datuk Seri Bung Moktar Radin dan rakan pimpinan UMNO serta Barisan Nasional (BN) Sabah dan seluruh rakyat di Parlimen Kimanis di atas dorongan dan doa.
"Doakan saya diberi kekuatan dan hidayah dalam melaksanakan tugas ini. Alhamdulillah," katanya.
Mohamad yang juga merangkap Ketua UMNO Kimanis, merupakan antara dua muka baharu mewakili Sabah dilantik menganggotai Kabinet baharu Ismail Sabri, selain empat muka lama yang dilantik semula.
Topic Berkaitan
#Kabinet Malaysia2021
#Ismail Sabri
#Keluarga Malaysia
#jemaah menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan