awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rom perkenal zon had laju 30 km sejam di pusat bandar
Piala ASEAN 2026 medium perkasa skuad Harimau Malaya - Cklamovski
TMM 2026 pacu perubahan strategik industri perhotelan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Pasca PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri - Joachim

Hasimi Muhamad, Syaff Syukri
Hasimi Muhamad, Syaff Syukri
01/12/2025
09:45 MYT
[TERKINI] Pasca PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri - Joachim
Joachim dalam sidang media di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) disahkan sebagai salah satu gabungan yang menyokong pembentukan Kerajaan Negeri Sabah, yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ringkasan AI
  • Barisan Nasional (BN) disokong dalam pembentukan Kerajaan Negeri Sabah, dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, membentuk Kerajaan Perpaduan negeri.
  • Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) belum menyertai Kerajaan Negeri Sabah walaupun BN dan Pakatan Harapan (PH) menyokong. STAR masih mengekalkan kedudukan.
  • BN telah menyerahkan senarai calon untuk dipertimbangkan jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Baharu Negeri Sabah, selepas kemenangan dalam 6 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah pada Pilihan Raya Negeri ke-17.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Joachim Gunsalam memaklumkan, sokongan tersebut sekali gus membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri.
Bagaimanapun, setakat ini katanya, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) belum secara rasmi menyertai Kerajaan Negeri.
"BN dan Pakatan Harapan (PH) menyokong Kerajaan Negeri.... STAR belum lagi," katanya dalam sidang media di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini pada Isnin.
Terdahulu, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu di hadapan Yang diPertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.
Setakat ini, pembentukan Kerajaan Negeri melibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebanyak 29 kerusi, Bebas (5), UPKO (3), PH (1), Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (1) serta; BN (6).
BN sebelum itu mengumumkan telah menyerahkan senarai calon untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Baharu Negeri Sabah.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan perkara itu dan berkata kerajaan negeri telah meminta parti-parti pendukung mengemukakan calon masing-masing untuk pertimbangan pelantikan.
Pada PRN17, BN yang bertanding di 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mencatat kemenangan di enam kerusi termasuk Sukau, Lamag, Kunak, Liawan, Bengkoka dan Sook.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Kerajaan Perpaduan
#Pakatan Harapan
#PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan