awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ukraine nafi serangan dron ke atas kediaman Putin, tuduh Rusia cuba gagalkan rundingan damai
Ops Luxury: JPJ Melaka sita enam kenderaan mewah
CAAM sahkan kes babitkan pesawat di lapangan terbang di Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Anak kepada Bapa Kemerdekaan Sabah antara pertaruhan Warisan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
12/11/2025
10:45 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Anak kepada Bapa Kemerdekaan Sabah antara pertaruhan Warisan
Nama anak kepada Allahyarham Tun Fuad Stephens itu diumumkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa pengumuman calon pada Rabu. - Foto Warisan
KOLOMBONG: Anak perempuan kepada Ketua Menteri Sabah pertama, Fauziah Stephens antara calon wajah baharu yang bakal bertanding di kerusi Bengkoka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Ringkasan AI
  • Fauziah Stephens, anak kepada Allahyarham Tun Fuad Stephens, akan bertanding di kerusi Bengkoka dalam PRN Sabah ke-17, diumumkan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
  • Kerusi Bengkoka menjadi tumpuan dalam PRN16 dengan 11 calon bertanding, dimenangi oleh Barisan Nasional dengan majoriti 1,337 undi.
  • Warisan akan bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Sabah dengan lebih 60% calon muka baharu, hampir 30% calon muda, dan kira-kira 10% calon wanita, mengikut pengumuman Shafie sebelum ini.

Nama anak kepada Allahyarham Tun Fuad Stephens itu diumumkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa pengumuman calon parti itu pada Rabu.
Dalam PRN16 lalu, kerusi Bengkoka antara DUN yang menjadi tumpuan apabila menyaksikan 11 calon bertanding termasuk empat calon bebas dan dimenangi oleh Barisan Nasional, Datuk Harun Durabi dengan majoriti 1,337 undi.
Allahyarham Fuad yang digelar sebagai Bapa Kemerdekaan Sabah atas jasa dalam rundingan pembentukan Malaysia pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah pertama dari 1963 hingga 1964 dan juga yang kelima pada 1976.
Beliau juga pernah menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah ketiga dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia yang keenam.
Terdahulu, Shafie mengumumkan Warisan bertanding di kesemua 73 kerusi DUN dengan mempertaruh lebih 60 peratus calon muka baharu, selain hampir 30 peratus calon muda dan sekitar 10 peratus calon wanita.
Topic Berkaitan
#Shafie Apdal
#Barisan Nasional
#calon Bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan