awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Anthony ambil tanggungjawab kekalahan besar DAP

Seth Akmal
Seth Akmal
29/11/2025
13:00 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Anthony ambil tanggungjawab kekalahan besar DAP
Anthony menyatakan akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan partinya kali ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Anthony Loke akur dengan kegagalan partinya mempertahankan lapan kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Ringkasan AI
  • Anthony Loke mengakui kegagalan DAP mempertahankan lapan kerusi dalam PRN Sabah ke-17.
  • Loke mengambil tanggungjawab penuh terhadap kelemahan dan kegagalan parti serta menegaskan akan menilai semula strategi untuk mendapat sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang.
  • Walaupun kalah dalam DUN Luyang, Kapayan, dan kawasan lain, DAP Sabah masih mempunyai dua wakil di Parlimen Kota Kinabalu dan Sandakan yang akan meningkatkan usaha mereka.

Setiausaha Agung DAP itu turut menyatakan akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam kegagalan yang dialami pada kali ini.
“Sebagai Setiausaha Agung parti, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap segala kelemahan dan kegagalan DAP memenangi sebarang kerusi dalam PRN-17 ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Tambahnya, pucuk pimpinan parti turut mengambil iktibar daripada keputusan itu dan menilai semula segala kelemahan serta berusaha untuk memenangi semula sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang.
Beliau turut menyatakan, DAP Sabah masih mempunyai dua wakil di Parlimen Kota Kinabalu dan Sandakan.
“Kedua-dua Ahli Parlimen DAP akan melipatgandakan usaha dan gerak kerja mereka,” katanya.
DAP bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang, Kapayan, Tanjung Papat, Tanjung Aru, Kemabong dan Elopura, Sri Tanjong serta Likas.
Kekalahan itu dianggap tamparan hebat kepada parti berkenaan, khususnya di kawasan seperti Luyang dan Kapayan yang sebelum ini dimenangi dengan majoriti selesa dalam PRN ke-16 pada 2020.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#DAP
#PRN Sabah
#sokongan rakyat
#pucuk pimpinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan