awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Ekonomi Biru, pembangunan jalan pesisir antara agenda pembangunan DUN Tungku

Syaff Syukri
Syaff Syukri
28/11/2025
01:25 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Ekonomi Biru, pembangunan jalan pesisir antara agenda pembangunan DUN Tungku
Assafal turut mengusulkan pembinaan jalan pesisir pantai bagi menghubungkan beberapa kampung tradisional di DUN Tungku. - Foto Astrp AWANI
LAHAD DATU: Pembangunan Ekonomi Biru, pembinaan jalan pesisir pantai serta usaha menaik taraf Tungku sebagai daerah penuh menjadi antara agenda utama dicadangkan bagi memacu pembangunan kawasan itu sehingga 2035.
Calon Warisan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Assafal Alian, berkata perancangan tersebut dirangka melalui Pelan Hala Tuju Pembangunan 2020–2035 yang digerakkan bagi memastikan pembangunan dijalankan secara lebih teratur dan tersusun.
Mengulas potensi ekonomi setempat, Assafal melihat kawasan laut Tungku sebagai aset penting yang wajar diteroka.
“Di belakang saya adalah lautan yang luas. Saya boleh melihat potensi untuk kita meneroka blue economy dari segi food security dan protein.
“Saya pernah mencadangkan supaya kita ada marine cultured di laut dan darat… kita tak boleh biarkan lautan kita begitu saja,” katanya.
Selain itu, Assafal turut mengusulkan pembinaan jalan pesisir pantai bagi menghubungkan beberapa kampung tradisional di DUN tersebut.
Usaha itu ujarnya, penting dalam memangkin pembangunan kepada masyarakat setempat.
“Kita perlu ada jalan pesisir pantai untuk menghubungkan kampung-kampung tradisi. Apabila kampung ini dihubungkan, lebih mudah untuk membawa pembangunan seperti elektrik dan air. Jalan ini juga akan menjadi pemangkin kepada pembangunan,” jelasnya lagi.
Assafal menambah bahawa jaringan jalan itu juga penting bagi memperkukuh aspek keselamatan memandangkan kawasan tersebut berada dalam ESSZONE.
“Kadang-kadang pasukan keselamatan berhadapan keterbatasan kalau hanya bergerak di laut.
“Jika ada jalan yang menghubungkan pesisir pantai, pergerakan mereka lebih mudah untuk mengawal keselamatan,” katanya.
Pada masa sama, Assafal berkata pihaknya akan berusaha memastikan Tungku mendapat status daerah penuh.
Ini bagi membolehkan penempatan pegawai daerah, pegawai eksekutif serta kehadiran kementerian kerajaan negeri dan Persekutuan, sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada masyarakat.
Assafal yang merupakan penyandang DUN itu untuk dua penggal bakal berdepan enam calon lain bagi mempertahankan kawasan itu.
Pada PRN16, beliau memperoleh 3,792 undi dengan majoriti tipis 268 menerusi saingan enam penjuru.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#DUN Tungku
#calon Warisan PRN Sabah
#PRN Sabah
#Assafal Alian
#ekonomi biru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan