awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran alami gangguan internet menyeluruh ketika protes antikerajaan merebak ke seluruh negara
Keputusan AGC tidak teruskan 47 pertuduhan terhadap Zahid cetus persoalan ketelusan – Ramkarpal
ISTAF beri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Gelaran, kelayakan sah, diperakui dan ada rekod rasmi - Anil Sandhu

Bernama
Bernama
22/11/2025
04:15 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Gelaran, kelayakan sah, diperakui dan ada rekod rasmi - Anil Sandhu
Anil berkata tuduhan yang dilemparkan kononnya gelaran dan kelayakan itu tidak sah adalah tidak benar, dibuat dengan niat jahat untuk merosakkan nama baiknya sebagai calon BN bagi DUN Kunak. - Gambar/ Bernama
KUNAK: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak Datuk Seri Anil Sandhu menjelaskan segala gelaran serta kelayakan termasuk akademik yang diperolehnya adalah sah, diperakui dan mempunyai rekod rasmi.
Beliau berkata tuduhan yang dilemparkan kononnya gelaran dan kelayakan itu tidak sah adalah tidak benar, dibuat dengan niat jahat untuk merosakkan nama baiknya sebagai calon BN bagi DUN Kunak.
"Saya kesal apabila budaya politik fitnah kembali dijadikan senjata oleh pihak yang takut berdepan dengan persaingan secara sihat.
"Mereka tahu bahawa rakyat Kunak semakin matang dan menilai calon berdasarkan kerja serta kemampuan, bukan berdasarkan cerita rekaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Anil berkata politik mesti dijadikan wadah untuk membina dan memajukan masyarakat, bukan tempat menjatuhkan sesama sendiri dengan pembohongan dan tuduhan yang direka tanpa asas.
Beliau berkata menabur fitnah bukan sahaja satu tindakan tidak bermoral malah mencerminkan betapa tandusnya idea mereka yang menyebar fitnah.
Anil juga percaya rakyat Kunak cukup cerdik untuk menilai dan membezakan kebenaran daripada pembohongan.
"Ramai yang telah menjadi mangsa fitnah politik dan akhirnya kebenaran muncul juga dan berharap agar orang ramai tidak mendengar dan membiarkan pihak yang gemar memutar belit fakta menipu masyarakat.
"Teruskan fokus kepada agenda pembangunan, masa depan anak-anak kita dan kemajuan Kunak, marilah kita tolak politik fitnah dan pilih jalan yang bersih serta berintegriti," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah 2025
#DUN Kunak
#Anil Sandhu
#gelaran palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan