awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: GRS, rakan parti dan ADUN Bebas bentuk kerajaan dengan majoriti mudah

Bernama
Bernama
30/11/2025
04:30 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: GRS, rakan parti dan ADUN Bebas bentuk kerajaan dengan majoriti mudah
GRS bersama rakan-rakan parti serta semua ADUN Bebas akan segera bergerak menunaikan amanah penduduk Sabah, kata Armizan. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama rakan parti serta calon Bebas yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 semalam berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.
Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengangkat sumpah awal pagi tadi, disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyatakan sokongan untuk membentuk kerajaan negeri.
"Insya-Allah, GRS bersama rakan-rakan parti serta semua ADUN Bebas, yang sebelum ini berada dalam GRS sama ada sebagai ADUN atau pimpinan parti sebelum pembubaran, akan segera bergerak menunaikan amanah penduduk Sabah," katanya menerusi catatan di Facebook.
Hajiji, 70, mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke-17 di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, kira-kira 3 pagi tadi.
Pada PRN ke-17, GRS memenangi 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri, diikuti Parti Warisan (25), Barisan Nasional (6), Bebas (5), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (3), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) (2), manakala Perikatan Nasional (PN), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing meraih satu kerusi.
Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Sabah memperoleh 37 daripada 73 kerusi DUN
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#GRS
#majoriti mudah
#Hajiji Noor angkat sumpah
#Armizan Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan