awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Hajiji mahu SLS bantu sedia kerangka SSWF, geran khas 40 peratus

Assim Hassan
Assim Hassan
26/11/2025
01:20 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Hajiji mahu SLS bantu sedia kerangka SSWF, geran khas 40 peratus
Hajiji (dua, kanan) bersama dari kiri, Chin, Mohamed Nazim, Brenndon dan Armizan dalam perbincangan pada Selasa. - Foto Pejabat Media dan Komunikasi JKM Sabah
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah mahu Sabah Law Society (SLS) menjadi sebahagian daripada pasukan yang menggubal kerangka Dana Kekayaan Masa Depan Anak Sabah (SSWF) termasuk penyediaan draf enakmennya.
Datuk Seri Hajiji Noor juga mahu SLS mengemukakan input untuk mengukuhkan tuntutan Sabah terhadap geran khas 40 peratus daripada Kerajaan Persekutuan.
Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, maklumat dan input daripada SLS, yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Besar negeri dan Kementerian Kewangan negeri, amat penting bagi memperkukuh rangka kerja yang menjadi asas perbincangan berterusan Sabah dengan Kerajaan Persekutuan.
“Dalam pertemuan dengan SLS, saya mendengar pandangan dan cadangan mereka. Saya telah meminta mereka menyediakan input terperinci dan mengemukakannya kepada Peguam Besar negeri dan Kementerian Kewangan negeri bagi terus mengukuhkan tuntutan kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden SLS Datuk Mohamed Nazim Maduarin dan bekas presiden, Datuk Roger Chin di kediamannya semalam.
Penubuhan dana pertama SSWF ini, antara ikrar teras dalam manifesto pilihan raya GRS yang dilancarkan pada 17 November bertujuan meningkatkan hasil tahunan negeri kepada RM10 bilion menjelang 2030.
Modal permulaan SSWF akan diambil daripada sebahagian rizab negeri Sabah bagi menjamin kestabilan kewangan jangka panjang untuk generasi akan datang.
Satu peratusan tetap daripada geran khas 40 peratus Sabah daripada Putrajaya akan turut disalurkan ke dalam dana tersebut setiap tahun.
Malah, permintaan Ketua Menteri itu adalah susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Oktober yang mengarahkan Kerajaan Persekutuan mengadakan rundingan dengan Kerajaan Sabah dalam tempoh 90 hari berhubung geran perlembagaan tersebut.
Selain itu, Hajiji berkata selain wakil kerajaan, pasukan SSWF juga akan melibatkan golongan profesional serta pakar dalam bidang pelaburan, kewangan dan perundangan.
Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang juga Timbalan Setiausaha Agong GRS, Datuk Armizan Mohd Ali dan Peguam Besar Negeri, Datuk Brenndon Keith Soh.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#PRN Sabah
#dana kekayaan Sabah
#SSWF
#sls
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan