awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa tapak kediaman menteri propaganda Nazi di Berlin
MOTAC, MOF bincang keperluan jaminan insurans untuk ejen pelancongan - Tiong
Pastikan setiap projek dilaksana segera, beri kesan kepada komuniti setempat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Jeffrey Kitingan pemenang tertua, Jordan Jude calon Bebas pemenang termuda

Bernama
Bernama
29/11/2025
22:30 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Jeffrey Kitingan pemenang tertua, Jordan Jude calon Bebas pemenang termuda
Jordan Jude Ellron (kiri) yang berusia 28 tahun muncul calon termuda yang berjaya dalam PRN kali ini, sementara Jeffrey Kitingan, 78, pula menjadi pemenang tertua.
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Jeffrey Kitingan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan, sekali gus menjadi pemenang tertua yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Jeffrey, 78, yang memegang kerusi itu sejak 2018 mengekalkan mandat selepas meraih kemenangan dengan majoriti 7,311 undi dalam saingan tujuh penjuru.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jeffrey memperoleh 12,595 undi, menewaskan enam calon lain termasuk daripada parti-parti utama seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan dan Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).
Tambunan yang mempunyai 29,187 pengundi berdaftar merupakan satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Keningau.
Sementara itu, calon Bebas di DUN Tulid, Jordan Jude Ellron muncul calon termuda yang berjaya dalam PRN kali ini.
Calon berusia 28 tahun itu melakar kemenangan di DUN Tulid dengan meraih 3,545 undi, menewaskan 13 lagi pencabar lain dengan majoriti 1,195 undi.
Dua pencabar terdekatnya calon STAR Sabah, Datuk Baritus Gungkit dan calon Pakatan Harapan (PH) Rufinah Pengeran, masing-masing sekadar meraih dan 2,350 undi dan 1,628 undi manakala 11 lagi calon hilang deposit.
Calon tertua pada PRN kali ini ialah Uling @ Thomas Anggan, 86, daripada Parti Kebangsaan Sabah (PKS) yang bertanding di DUN Bingkor, manakala calon termuda Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin, 24, juga mewakili PKS bertanding di DUN Silam.
PRN Sabah ke-17 menyaksikan seramai 596 calon berentap bagi merebut 73 kerusi DUN yang dipertandingkan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Jeffrey Kitingan
#Jordan Jude Ellron
#Calon PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan