awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Pertembungan Ma’mun dan Chaya jadi tumpuan pengundi DUN Kukusan

Syaff Syukri
Syaff Syukri
20/11/2025
11:45 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Pertembungan Ma’mun dan Chaya jadi tumpuan pengundi DUN Kukusan
Ma’mun Sulaiman yang mewakili Warisan dan kakaknya, Chaya Sulaiman mewakili Barisan Nasional (BN) bersama lapan calon lain akan merebut kerusi itu pada 29 November ini. - Gambar Astro AWANI
TAWAU: Pertembungan adik-beradik menjadi tumpuan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Ringkasan AI
  • Pertembungan adik-beradik antara Ma’mun Sulaiman dari Warisan dan kakaknya, Chaya Sulaiman dari BN di DUN Kukusan menjadi tumpuan dalam PRN Sabah ke-17.
  • Ma’mun menegaskan bahawa perbezaan politik tidak memudaratkan hubungan kekeluargaan mereka dan mereka tetap akrab walaupun bersaing dalam arena politik yang sama.
  • Bagi Chaya, pertembungan mereka adalah proses demokrasi biasa dan hubungan kekeluargaan mereka berkekalan walaupun aktif berkempen, dengan menyatakan bahawa persaingan di antara adik-beradik adalah normal dan hubungan harmoni mereka tidak terjejas.

Bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman yang mewakili Warisan dan kakaknya, Chaya Sulaiman mewakili Barisan Nasional (BN) bersama lapan calon lain akan merebut kerusi itu pada 29 November ini.
Ma’mun menegaskan, perbezaan politik tidak menjejaskan hubungan mereka sebagai adik-beradik.
Malah katanya, hubungan kekeluargaan tetap kukuh walaupun mereka bersaing di gelanggang politik yang sama.
“Kakak tetap kakak. Dia saya hormati, dia pun hormat saya sebagai adik. Kami tetap akrab… tiap satu dua bulan kami jumpa, kami masih berjumpa dan mesra.
“Tidak ada masalah dan Chaya merupakan kakak saya yang paling sulung dan saya nombor empat dan saya ada satu lagi kakak.
“Kami tidak pernah sama sekali bergaduh dalam bab-bab politik,” katanya.
Tambahnya hubungan mereka tetap akrab biarpun semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Chaya membantu kempen calon BN, Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh dalam menyainginya di Parlimen Kalabakan.
“Dulu (semasa PRU14), dia bantu Allayarham Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh dan selepas itu dia bantu Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (menentang saya).
“Saya bantu Datuk Rina Jainal Lawan dia dalam PRN16.
“Dalam persaingan politik ini hubungan adik-beradik tidak pernah luntur dan kami tetap akrab, kami tetap bersama, saya sebagai adik harus hormat kepada dia kerana ideologi politik yang membezakan kita,” katanya lagi.
Sementara itu bagi Chaya, pertembungan mereka tidak lebih daripada proses demokrasi yang biasa dan hubungan kekeluargaan kekal seperti biasa meskipun kedua-duanya aktif berkempen.
“Persaingan adik-beradik tu tetap adik-beradik. Hubungan tetap harmoni.
“Saya sudah bertemu dia ketika proses penamaan calon dan kami selalu bertembumg sepanjang kempen berlangsung pun kami tidak ada masalah,” katanya.
Pada PRN16, DUN Kukusan dimenangi Datuk Rina Jainal, yang ketika itu mewakili Warisan dengan memperoleh 2,834 undi dengan 10 majoriti dalam saingan tujuh penjuru.
Manakala Chaya yang turut bertanding atas tiket BN tewas tipis dengan 2,824 undi dan peratusan direkodkan sebanyak 41.40 peratus.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Parlimen
#Warisan
#PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan