awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Rina tidak dicalonkan bertanding, keahlian dalam Harapan Rakyat digantung

Bernama
Bernama
13/11/2025
09:00 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Rina tidak dicalonkan bertanding, keahlian dalam Harapan Rakyat digantung
Rina (foto) tidak dicalonkan oleh Parti Harapan Rakyat Sabah untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 selepas keahliannya dalam parti digantung selama tiga tahun. -Gambar fail/Sinar Harian
TAWAU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan Datuk Rina Jainal tidak dicalonkan oleh Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 selepas keahliannya dalam parti itu digantung selama tiga tahun berkuat kuasa semalam.

Ringkasan AI
  • Datuk Rina Jainal tidak dicalonkan oleh Parti Harapan Rakyat Sabah untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 selepas keahliannya dalam parti digantung selama tiga tahun.
  • Penggantungan tersebut disebabkan beliau didapati melanggar disiplin parti serta gagal mempromosikan nama parti dalam aktiviti kemasyarakatan dan gerak kerja di Kukusan.
  • Rina menilai tindakan penggantungan keahliannya sebagai mencurigakan dan cubaan sabotaj untuk menghalang beliau daripada bertanding, berikutan isu dalaman yang sepatutnya boleh dibincangkan secara baik.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Setiausaha Agung Harapan Rakyat Christy Chok berkata penggantungan itu juga melibatkan jawatan Rina selaku Timbalan Presiden selepas beliau didapati melanggar disiplin parti serta gagal mempromosikan nama parti dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan dan gerak kerja Harapan Rakyat di Kukusan.
"Keputusan itu dibuat selepas Majlis Tertinggi menerima syor Jawatankuasa Disiplin parti berhubung hasil siasatan yang dijalankan sebelum ini," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Harapan Rakyat adalah sebahagian daripada Gabungan Rakyat Sabah.
Sementara itu, Rina dalam kenyataan hari ini menyifatkan tindakan menggantung keahliannya menjelang penamaan calon Sabtu ini sebagai mencurigakan dan cubaan sabotaj bagi menghalang beliau daripada bertanding mewakili Harapan Rakyat pada PRN Sabah ke-17.
"Tindakan ini amat pelik dan dilihat seperti ada niat tertentu untuk menyekat saya daripada bertanding... isu dalaman sepatutnya boleh dibincangkan secara baik dalam semangat kekeluargaan parti.
"Tindakan seperti ini bukan sahaja mengecewakan, malah saya melihatnya sebagai satu langkah licik untuk menyingkirkan saya menjelang pilihan raya," katanya.
Bagaimanapun, Rina berkata beliau menghormati keputusan parti tetapi berhak mempertahankan diri dan akan menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.
"Perjuangan saya tidak berakhir di sini, saya komited memperjuangkan nasib rakyat Kukusan walaupun berdepan cabaran politik yang tidak dijangka," katanya sambil menambah beliau akan menilai langkah seterusnya selepas berbincang dengan penyokong serta keluarga terdekat.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 manakala tarikh penamaan pada 15 Nov serta tarikh pengundian awal 25 Nov.
Pada PRN Sabah ke-16, Rina yang mewakili Parti Warisan Sabah memenangi kerusi DUN Kukusan selepas menewaskan pesaing terdekatnya, Chaya Sulaiman daripada Barisan Nasional (BN) dengan hanya majoriti 10 undi.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah sebab utama Parti Harapan Rakyat Sabah tidak mencalonkan Datuk Rina Jainal untuk PRN ke-17? A: Datuk Rina Jainal tidak dicalonkan kerana beliau melanggar disiplin parti dan gagal mempromosikan nama parti dalam aktiviti kemasyarakatan di Kukusan.
  • Q: Bagaimanakah reaksi Datuk Rina terhadap penggantungan keahliannya oleh parti? A: Datuk Rina merasa tindakan penggantungan keahliannya sebagai mencurigakan dan cubaan sabotaj untuk menghalang beliau daripada bertanding dalam PRN Sabah ke-17.
  • Q: Apa tarikh penamaan dan pengundian untuk PRN Sabah ke-17 menurut Suruhanjaya Pilihan Raya? A: Tarikh penamaan calon adalah pada 15 November dan hari pengundian dijadualkan pada 29 November, dengan tarikh pengundian awal pada 25 November.

Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Rina Jainal
#Parti Harapan Rakyat Sabah
#keahlian digantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan