awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] TIDAK RASMI PRN SABAH 2025: ‘Terima kasih warga Papar, 'GRS 3-0’ - Armizan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
29/11/2025
13:05 MYT
[TERKINI] TIDAK RASMI PRN SABAH 2025: ‘Terima kasih warga Papar, 'GRS 3-0’ - Armizan
Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang disiarkan GRS, tiga kerusi berkenaan ialah Limbahau, Kawang dan Pantai Manis yang menjadi antara 22 kerusi dimenangi oleh gabungan tersebut. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: "Jutaan terima kasih warga Papar. GRS 3-0. Insya-Allah akan kami tunaikan mandat ini sebaiknya."

Ringkasan AI
  • GRS mendahului di tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Papar, menang dalam 22 kerusi secara keseluruhan.
  • Pertandingan sengit berlaku di DUN Limbahau, Kawang, dan Pantai Manis dengan calon GRS dipilih untuk bertanding.
  • Keputusan rasmi pilihan raya belum diumumkan oleh SPR, manakala pengiraan undi masih berlangsung di seluruh negeri.

Itu perkongsian Timbalan Setiausaha parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohamad Ali di media sosial selepas tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimennya, Papar sedang didahului oleh GRS.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang disiarkan GRS, tiga kerusi berkenaan ialah Limbahau, Kawang dan Pantai Manis yang menjadi antara 22 kerusi dimenangi oleh gabungan tersebut.
Seramai sembilan calon cuba merebut kerusi DUN Limbahau dengan GRS meletakkan Datuk Juil Nuatim, manakala Datuk Gulamhaidar Bahadar Khan dipertaruhkan di Kawang dalam pertembungan lima penjuru.
Bekas Pengurus Besar Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir pula diberi kepercayaan oleh GRS untuk menambat hati pengundi di DUN Pantai Manis dalam pertembungan tujuh penjuru.
Setakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum mengumumkan sebarang keputusan rasmi, dan keputusan penuh dijangka diketahui sekitar 12 tengah malam ini.
Proses pengiraan undi masih berlangsung di semua pusat penjumlahan undi seluruh negeri.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#GRS
#Armizan Mohd Ali
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan