awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] TIDAK RASMI PRN SABAH: Calon Bebas buat kejutan di empat kerusi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/11/2025
14:00 MYT
[TERKINI] TIDAK RASMI PRN SABAH: Calon Bebas buat kejutan di empat kerusi
Empat kerusi berkenaan ialah Bandau, Pintasan, Kukusan dan Petagas, sekali gus mencerminkan sokongan rakyat terhadap calon yang bertanding atas kapasiti individu tanpa mewakili mana-mana parti politik. - Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU: Empat calon Bebas mencipta kejutan apabila berjaya memenangi kerusi masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat 9.55 malam ini.

Ringkasan AI
  • Empat calon Bebas menang kerusi masing-masing dalam PRN Sabah ke-17, termasuk Bandau, Pintasan, Kukusan, dan Petagas, menunjukkan sokongan rakyat terhadap individu tanpa parti politik.
  • Kemenangan di Bandau dan Pintasan menonjol kerana melawan parti besar seperti GRS, Parti Warisan, dan Parti KDM.
  • Datuk Maijol Mahap dan Datuk Fairuz Renddan menang di Bandau dan Pintasan dengan bertanding atas tiket Bebas menentang calon GRS, sementara Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari dan Rina Jainal menang di Petagas dan Kukusan sebagai calon Bebas.

Empat kerusi berkenaan ialah Bandau, Pintasan, Kukusan dan Petagas, sekali gus mencerminkan sokongan rakyat terhadap calon yang bertanding atas kapasiti individu tanpa mewakili mana-mana parti politik.
Kemenangan di Bandau dan Pintasan dianggap signifikan memandangkan kedua-duanya menyaksikan saingan daripada parti-parti besar termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan, dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) .
Di Bandau, Datuk Maijol Mahap bertanding atas tiket Bebas selepas tidak dicalon mewakili GRS. Begitu juga di Pintasan, penyandangnya, Datuk Fairuz Renddan mengambil keputusan bertanding atas tiket Bebas bagi menentang calon GRS, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Sementara itu, penyandang kerusi DUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari, yang sebelum ini ahli GRS mendahului kerusi berkenaan atas tiket Bebas.
Sementara seorang lagi calon Bebas, yang juga penyandang DUN Kukusan Rina Jainal turut menang kerusi berkenaan setakat ini berdasarkan keputusan tidak rasmi.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#GRS Warisan
#calon Bebas
#DUN Petagas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan