KUALA LUMPUR:Tidak ada mana-mana Ahli Parlimen UMNO memberi sokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Nazri menyanggah laporan sebuah portal pada Ahad yang mendakwa berlaku pergolakan dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen UMNO berhubung sokongan terhadap Anwar.
“Saya sudah hubungi semua Ahli Parlimen UMNO yang tidak berada dalam kerajaan termasuk Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), tidak ada seorang pun yang mengaku memberi sokongan kepada Anwar,” katanya kepada Astro AWANI.
Nazri menjelaskan, kenyataan Presiden UMNO, Zahid Hamidi sebelum ini yang tidak akan menyekat sekirannya ada Ahli Parlimen parti itu untuk memberi sokongan kepada mana-mana pihak, tidak bermakna mereka menyokong Anwar.
“Kami (Ahli-ahli Parlimen UMNO) buat keputusan secara bersama dan tidak akan bertindak atas kapasiti peribadi.
"Saya perlu jelaskan perkara ini supaya tidak timbul kekeliruan tentang pendirian Ahli Parlimen UMNO dalam isu ini," katanya lagi.
Pada Ahad, sebuah portal mendakwa terdapat ketegangan dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen UMNO dalam isu memberi sokongan kepada Anwar.
Laporan portal itu berdasarkan kenyataan tiga Ahli Parlimen UMNO yang mendakwa, parti itu berpecah kepada tiga kumpulan iaitu mereka yang menyokong Anwar, menentang dan atas pagar yang belum membuat keputusan.
Baru-baru ini, Anwar mendakwa mendapat sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan daripada Ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru.
Beliau juga mendakwa akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa ini untuk memaklumkan mengenai sokongan yang diperolehnya untuk membentuk kerajaan baharu.
BACA: Saya diperkenan menghadap YDP Agong 13 Oktober - Anwar
Irwan Muhammad Zain
Mon Oct 12 2020
Nazri menjelaskan, kenyataan Zahid Hamidi sebelum ini yang tidak akan menyekat sekirannya ada Ahli Parlimen UMNO memberi sokongan kepada mana-mana pihak, tidak bermakna mereka menyokong Anwar. - Gambar fail
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri
Keputusan mewujudkan Kementerian Digital dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam menandakan kerajaan sedar cabaran-cabaran baharu yang dihadapi negara.
WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.
Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C
Kedutaan Malaysia di Washington D.C menggenggam erat keindahan seni dan budaya dari Kelantan dan memperkenalkannya kepada khalayak.
Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS
Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia adalah hanya untuk Palestin.
Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.
"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.
Kenapa nak jatuhkan kerajaan yang lawan rasuah? - Nazri Aziz
Kesungguhan mahu menjatuhkan kerajaan yang berusaha memerangi rasuah seolah-oleh pihak-pihak tertentu ini sedang melindungi aktiviti rasuah dalam negara ini.