Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menegaskan, tiada bahagian parti itu yang dibubarkan pada masa ini.
Beliau berkata, bahagian yang Ahli Jawatankuasanya (AJK) mengumumkan keluar parti tidak terbubar sebaliknya, ia masih berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
"Tidak timbul isu pembubaran bahagian kerana mengikut Perlembagaan parti, kalau AJK Bahagian berhenti atau diberhentikan, bahagian itu tidak terbubar.
"MPT boleh melantik (AJK baharu) atau memastikan bahagian itu tetap wujud... mana-mana pihak yang kononnya mengatakan bahagian itu bubar adalah orang yang tidak memahami Perlembagaan parti," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen, hari ini.
BACA: Bersatu Johor nafi ahli memberontak mahu masuk parti baharu Tun Mahathir
Beberapa pemimpin termasuk ketua bahagian dan AJK parti khususnya di Selangor mengumumkan keluar parti dipercayai mahu menyertai parti baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mohd Redzuan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) menyifatkan mereka yang keluar daripada parti itu merupakan golongan terpencil.
Tambahnya, sebahagian besar ahli parti masih bersama dengan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana parti itu tetap berpegang kepada perjuangannya sewaktu ditubuhkan.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan Bersatu mungkin akan melakukan pindaan terhadap Perlembagaan parti itu bagi memansuhkan jawatan pengerusi.
"Kalau kita perlu pinda Perlembagaan, kita akan pinda dalam mesyuarat agung khas atau pada bila-bila masa kerana kita dah nampak masalah, perlu ada seorang kapten sahaja dalam sebuah kapal," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 10 2020

Mohd Redzuan sifatkan mereka yang keluar daripada Bersatu merupakan golongan terpencil. - Gambar fail

COVID-19: 62 kluster catat pertambahan kes, 736 masih aktif
Pertambahan empat kluster itu menjadikan sejumlah 467 kluster masih aktif daripada keseluruhan 1,203 kluster.

PRU15 | Rundingan kerusi PH tidak hanya antara komponen
Penganalisis Politik Dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali

UMNO-DAP | Tiada kerjasama politik, hanya kepentingan rakyat
DAP tetap dengan berpendiriannya akan hanya akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO dalam hal melibatkan kepentingan rakyat sahaja. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menegaskan pihaknya tiada sebarang kerjasama politik dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Petugas wanita NGO ditemukan mati dijerut
Seorang petugas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditemukan mati dengan kesan jerutan di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang pada Isnin.

Cerita Sebalik Berita: Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Vaksin COVID-19 | 139,720 terima vaksin, lebih 3.8 juta daftar PICK
Dalam pada itu, khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, lebih 3.8 juta rakyat di negara ini telah berdaftar dalam PICK.

Selamat Hari Wanita #ChooseToChallenge
Sebagai wanita perlu kuat, cekal, tabah dan bijak berdikari. Personaliti Astro serta selebriti tempatan mengambil peluang berkongsi ucapan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2021 pada 8 Mac. Terus kuat untuk menghadapi apa sahaja yang berlaku. #ChooseToChallenge #WanitaBangkitMendepaniCabaran

Cerita Sebalik Berita: Realiti dunia kewartawanan dari lensa wanita

KKM sedia beri vaksin kepada 30,000 hingga 50,000 bakal jemaah haji - Dr Adham
Dr Adham berkata, kerajaan Malaysia masih menunggu kuota haji yang akan diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Tumpuan AWANI 7:45 - Kadar pengangguran naik 4.9% | Program Imunisasi COVID
Kadar pengangguran pada Januari meningkat kepada 4.9 peratus. 9,700 dilaporkan hilang kerja menjadikan jumlah pengangguran naik kepada 782,000 orang. Seramai 139,720 individu telah diberi dos pertama vaksin COVID-19 setakat hari ini dengan lebih 3.8 juta telah mendaftar. Perincian lanjut dalam AWANI 745malam ini dan astroawani.com

PRU15: PH mula agihan kerusi termasuk bersama 'parti sahabat' - Anwar
Proses rundingan itu bukan sahaja melibatkan parti komponen PH malah parti-parti 'sahabat' yang mempunyai asas perjuangan yang sama.

Tiada krisis dalam UMNO - Mahadzir Khalid
Mahadzir Khalid menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan segelintir pemimpin UMNO untuk terus menyokong Bersatu hanyalah pandangan masing-masing.

UMNO 'cakap saja', kalau berpisah dengan Bersatu mereka akan 'jatuh' - Tun M
UMNO dan Bersatu saling memerlukan antara satu sama lain, kata Dr Mahathir Mohamad.

Mahu selamatkan UMNO? Ketepikan pemimpin ada dakwaan mahkamah - Musa Hitam
Kesemua pemimpin UMNO yang sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah harus diketepikan sehinggalah membuktikan mereka tidak bersalah, kata Musa Hitam.

Perdana Menteri tiba di Mekah untuk ibadah umrah
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

UMNO, Bersatu perlu muafakat demi masa depan - Rais Yatim
UMNO dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu, kata tokoh politik veteran Tan Sri Rais Yatim.

Kerjasama Bersatu-UMNO di Sabah tidak tergugat - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kerjasama utuh antara parti itu dengan UMNO Sabah tidak tergugat dengan senario politik semasa di Semenanjung.

Hubungan Pas, UMNO dan Bersatu ibarat 'bermadu' - SU Pas Perak
Apabila berbincang dengan Bersatu, Pas tidak burukkan UMNO. Begitu juga apabila berbincang dengan UMNO, Pas tidak memburukkan Bersatu.

PRU antara Jun dan Julai? Pendakwaan lebih keras ke atas pemimpin UMNO? - Ini jawapan Hamzah Zainuddin
Benarkah PRU15 akan diadakan sekitar Jun dan Julai? Sejauh mana kebenaran tuduhan hukuman lebih keras ke atas pemimpin kanan UMNO?

Keputusan tolak kerjasama dengan Bersatu tidak dipengaruhi mana-mana individu - Mohamad Hasan
Mohamad berkata, lebih 100 bahagian menggesa supaya UMNO tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu dan ia bukannya keputusan perseorangan.