awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di Texas, lima maut, seorang hilang
Gangguan sistem penerbangan global jejas daftar masuk, naik pesawat di lapangan terbang Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada cadangan pindaan Akta Anti Lompat Parti dikemukakan - Azalina

Bernama
Bernama
04/09/2024
09:00 MYT
Tiada cadangan pindaan Akta Anti Lompat Parti dikemukakan - Azalina
Azalina (foto) berkata pihaknya juga tidak mengetahui yang Sekretariat terbabit akan membincangkannya atau sebaliknya. -Gambar fail
KLUANG: Jabatan Perdana Menteri sehingga kini masih menunggu mana-mana pihak termasuk Sekretariat Kerajaan Perpaduan untuk mengemukakan cadangan bagi membolehkan Akta Anti Lompat Parti dipinda bertujuan menambah baik akta berkenaan.

Ringkasan AI
  • Jabatan Perdana Menteri masih menunggu cadangan daripada mana-mana pihak, termasuk Sekretariat Kerajaan Perpaduan, untuk meminda Akta Anti Lompat Parti bagi memperbaiki akta tersebut.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menyatakan bahawa sebarang pindaan boleh dilakukan tetapi perlu dimaklumkan kepada pihaknya.
  • Beliau juga mencadangkan adanya 'recall bin' untuk Ahli Parlimen yang lompat parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pihaknya juga tidak mengetahui yang Sekretariat terbabit akan membincangkannya atau sebaliknya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata sebarang pindaan terhadap undang-undang berkenaan boleh dilakukan, namun harus memaklumkan kepada pihaknya.
"Banyak kepimpinan (pemimpin) mengakui akta itu ada kelonggaran, itu yang penting...tetapi pandangan saya secara peribadi, saya nakkan ada 'recall bin' kalau seorang Ahli Parlimen sudah mengangkat sumpah bila dia lompat parti.
"Tapi kalau parti hendak mendisiplinkan dia (wakil rakyat) perlu ada cara lain seperti memanggil pengundi untuk menentukan sama ada ahli itu kekal atau terkeluar," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham, di sini hari ini.
Tambah beliau, setiap parti perlu mainkan peranan untuk tentukan calon mereka itu berpegang kepada disiplin parti masing-masing.
"Tetapi dengan banyaknya pilihan raya yang berlaku, setiap parti perlu mainkan peranan untuk tentukan calon mereka itu berpegang kepada disiplin parti.
"Bagi UMNO dan BN (Barisan Nasional) kami sudah sedia sebelum PRU (Pilhan Raya Umum) ke-15....kami sudah sedia," katanya.
Terdahulu pada 15 Julai lepas, Azalina dilaporkan berkata pindaan kepada Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Anti Lompat Parti perlu dibincang dengan teliti dan dipersetujui secara dwipartisan.
Beliau berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) tiada masalah dan bersedia mengusulkan pindaan terhadap akta itu sepertimana dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#Akta Anti Lompat Parti
#sekretariat kerajaan perpaduan
#kemuka cadangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan