MARANG: Tiada senarai calon "import" yang akan diketengahkan oleh Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas berkata bagaimanapun, perkara itu masih belum dimuktamadkan dan tidak menolak kemungkinan keputusan itu boleh berubah.
"Calon ramai buat masa ini, keputusan akhir kita tengah perhalusi lagi. Nama penyandang ketika ini iaitu Datuk Ahmad Amzad Hashim ada dalam senarai buat masa ini ... sehari dua lagi kita putuskan," katanya selepas hadir ke Majlis Pecah Tanah Kompleks Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu di sini hari ini.
Pada 27 Jun lepas, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas pihak pempetisyen, Datuk Mohd Zubir Embong yang juga calon Barisan Nasional (BN) berjaya membuktikan wujudnya elemen rasuah ketika kempen Ahmad Amzad pada pilihan raya itu.
Pas memutuskan tidak membuat rayuan terhadap keputusan petisyen berkenaan.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dijalankan serentak dengan PRN di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor pada 12 Ogos.
Dalam PRU14, Pas membentuk Kerajaan Negeri Terengganu setelah memenangi 22 kerusi DUN, manakala 10 lagi kerusi dimenangi BN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
Ahmad Samsuri berkata perkara itu masih belum dimuktamadkan dan tidak menolak kemungkinan keputusan itu boleh berubah. - Gambar fail/BERNAMA
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
Nur Shazrin masih plilhan utama ke Paris - MSA
MSA tidak mahu menekan 'butang panik' selepas atletnya Nur Shazrin berdepan kemungkinan terlepas aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan berulang pada tangan kanannya.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Ahli politik Britain menang PRK dengan kempen pro-Palestin
Ahli politik Britain George Galloway meraih kemenangan besar dalam PRK bagi kerusi Parlimen Rochdale dengan menjadikan sokongan terhadap Semenanjung Gaza sebagai modal kempen pilihan raya.
GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.
PRK DUN Pelangai: Pas umum calon malam ini
Pas bakal mempertaruhkan calon anak tempatan yang dekat dengan rakyat untuk bertanding sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.