awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tarik lebih 100,000 pelancong
Kerajaan MADANI martabat Islam dalam tadbir urus negara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kompromi, kelulusan RUU Antilompat Parti antara syarat utama MoU - Majlis Presiden PH

Firdaus Azil
Firdaus Azil
08/04/2022
04:38 MYT
Tiada kompromi, kelulusan RUU Antilompat Parti antara syarat utama MoU - Majlis Presiden PH
PH berkata ia akan menyokong Pindaan Perlembagaan pada sidang khas Parlimen 11 April ini, bagi mewujudkan punca kuasa untuk menggubal Akta Antilompat Parti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kelulusan Rang Undang-Undang Antilompat Parti di Parlimen merupakan antara syarat utama di dalam Perjanjian Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU), tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Presiden PH berkata, kesemua empat parti dalam gabungan tersebut tidak akan berkompromi dalam perkara berkenaan.
Selain itu, Majlis Presiden berkata, PH juga akan menyokong Pindaan Perlembagaan pada sidang khas Parlimen 11 April ini, bagi mewujudkan punca kuasa untuk menggubal Akta Antilompat Parti.
“Namun, syarat utama ialah draf RUU Antilompat Parti perlu disegerakan, dan perkara ini telah ditegaskan Jawatankuasa Pemandu MoU yang telah bermesyuarat semalam. Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga telah menyampaikan pendirian Pakatan Harapan ini kepada Perdana Menteri semalam.
“Oleh itu, kami menggesa Perdana Menteri untuk menyatakan komitmen bahawa RUU Antilompat Parti tersebut akan dibentang untuk diluluskan di Parlimen dalam masa terdekat, manakala tarikh Sidang Khas kedua ini perlu ditetapkan dan diumum di Parlimen pada 11 April,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam satu kenyataan bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Pengerusi Bersama JK Pemandu MoU, Datuk Seri Saifuddin Nasution semalam, mereka mencapai kata sepakat mengenai beberapa tindakan susulan berkaitan draf akta berkenaan.
Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk satu lagi Sidang Khas Parlimen diadakan untuk membentang, membahas dan meluluskan undang-undang berkaitan dalam masa terdekat yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, selaras dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dalam pada itu Majlis Presiden PH menggesa agar Menteri yang bertanggungjawab membentang Pindaan Perlembagaan pada 11 April, turut menyatakan dengan jelas di Parlimen apakah prinsip-prinsip asas RUU Anti Lompat Parti yang bakal dibentang dan diluluskan dalam Sidang Khas kedua nanti.
“Pakatan Harapan percaya dengan meluluskan Pindaan Perlembagaan dan RUU Antilompat Parti, kepercayaan rakyat terhadap proses pilihanraya dan demokrasi berparlimen akan dapat mula dipulihkan,” tambah Majlis Presiden PH.
Topic Berkaitan
#RUU anti lompat parti
#Majlis Presiden
#Pakatan Harapan
#Sidang khas Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan