awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada peruntukan khusus dalam Perlembagaan UMNO untuk isytihar harta

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
22/06/2018
08:02 MYT
Tiada peruntukan khusus dalam Perlembagaan UMNO untuk isytihar harta
Tiada peruntukan khusus dalam Perlembagaan UMNO yang mewajibkan ahli untuk mengisytiharkan harta bagi melayakkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti, kata Penasihat Undang-Undang UMNO Datuk Hafarizam Harun. foto Gambar Fail
Tiada peruntukan khusus dalam Perlembagaan UMNO yang mewajibkan mana-mana ahli untuk mengisytiharkan harta bagi melayakkan diri bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan parti.
Menurut Penasihat Undang-Undang UMNO Datuk Hafarizam Harun, sebarang pengisytiharan yang dibuat mana-mana inidividu yang bertanding adalah atas dasar sukarela.
"Jadi, usul pengisytiharan harta tersebut, dari segi undang-undang adalah ex abundanti cautela, dalam Bahasa Latin atau dalam Bahasa Inggerisnya adalah in excess of caution.
"Dengan kata lain, mana-mana calon yang ingin mendokong aspirasi integriti dan menunjukkan bahawa UMNO merupakan parti yang telus dan terbuka boleh membuat pengisytiharan harta.
"Namun, jika mereka tidak berbuat demikian, mereka tidak hilang kelayakan daripada bertanding dalam pemilihan parti hujung bulan ini," kata Hafarizam kepada Astro AWANI.
Selain itu, tambah beliau, sekiranya peruntukan untuk mewajibkan pengisytiharan harta ingin dimasukkan dalam Perlembagaan UMNO, usul tersebut perlu dikemukakan ketika Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
Topic Berkaitan
#calon
#Hafarizam Harun
#harta
#Pemilihan UMNO
#pengisytiharan harta
#Perlembagaan UMNO
#UMNO
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan