awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sebab perlu ikut Johor bubar DUN - PKR Perak

Sinar Harian
Sinar Harian
25/01/2022
07:06 MYT
Tiada sebab perlu ikut Johor bubar DUN - PKR Perak
Menurut Tan, sehingga kini pembangkang masih berpegang kepada persefahaman yang dicapai ketika Saarani diangkat menjadi Menteri Besar Perak menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada 9 Disember 2020. - Gambar fail
PARTI Keadilan Rakyat (PKR) Perak menegaskan pentadbiran kerajaan negeri Perak yang dipimpin UMNO tidak mempunyai sebab untuk mengikut jejak Johor bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Naib Pengerusinya, Tan Kar Hing berkata, kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad mendapat sokongan daripada pembangkang untuk meneruskan usaha membangunkan negeri.
Menurut beliau, sehingga kini pembangkang masih berpegang kepada persefahaman yang dicapai ketika Saarani diangkat menjadi Menteri Besar Perak menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada 9 Disember 2020.
"Waktu itu kami meletakkan nasib rakyat menjadi agenda yang paling utama supaya segala agenda atau polemik politik dihentikan. Tumpukan segala kerja-kerja untuk kebajikan, bantuan dan pembangunan ekonomi negeri.
"Sampai sekarang kita masih memegang kepada prinsip tersebut dan masih lagi mementingkan agenda pembangunan ekonomi negeri dan kebajikan rakyat.
"Saya tidak melihat sebarang keperluan. Saya melihat di Johor itu tidak sepatutnya dijadikan contoh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Pasca Banjir Kampung Baru Ampang anjuran Pejabat Ahli Parlimen Gopeng dan ADUN Simpang Pulai bersama Econsave di Pertubuhan Faedah Bersama Ampang Baharu, Kampung Ampang Baru di sini pada Selasa.
Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.
Sementara itu, Kar Hing berkata, PKR Perak akan menghantar jentera mereka bagi membantu rakan-rakan mereka di dalam PRN Johor akan berlangsung nanti.
Topic Berkaitan
#Parti Keadilan Rakyat
#UMNO
#Tan Kar Hing
#Ahmad Faizal Azumu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan