Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa wujud sindrom penafian berkaitan unsur-unsur sabotaj di dalam pemilihan parti itu sebagaimana didakwa Ketua Wanita parti itu Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata tidak terdapat isu penafian di dalam parti dan beliau mahukan supaya semua pihak tidak cuba untuk membayangkan bahawa parti itu bermasalah.
"Tidak ada penafian. Kalau ada sesuatu kita akan ambil tahu," katanya kepada pemberita semasa melawat Rumah Rengayan Anak Ngumbang di Nanga Ruyak di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zuraida pada akhir bulan lepas yang berkata pucuk pimpinan parti perlu bangkit daripada sindrom penafian dan memandang serius kemungkinan wujud unsur sabotaj pada Pemilihan PKR 2018.
Zuraida yang bertanding jawatan naib presiden berkata isu berkenaan memerlukan penyelesaian segera secara tuntas kerana boleh merosakkan keseluruhan sistem pemilihan.
Dr Wan Azizah berkata beliau mahu pemilihan PKR dijalankan secara bersih dan adil, termasuk tidak menggunakan sebarang jentera kerajaan atau jawatan di dalam kerajaan yang boleh menimbulkan rasa takut terhadap anggota parti di dalam membuat pilihan secara demokratik.
"Kita mahukan agar pemilihan ini dijalankan secara lancar di mana semua ahli boleh membuat pilihan masing-masing secara bebas.
"Biarlah ia dijalankan secara sihat tanpa menggunakan jentera kerajaan kerana ada di antara mereka yang bertanding adalah (memegang jawatan) di dalam kerajaan. Ini supaya calon-calon dapat bertanding di atas padang yang sama rata," katanya.
Beliau juga berkata kemuncak pemilihan parti itu akan diadakan pada 10 Nov di 29 Cabang di Sarawak.
Dr Wan Azizah mengakui terdapat masalah capaian internet bagi pengundian yang dijalankan secara dalam talian di beberapa cabang seperti Julau yang hanya mempunyai capaian 10 peratus sahaja.
"Kita (akan) adakan kongres dan kita mahukan agar pemilihan dijalankan mengikut jadual," katanya.
Katanya beliau menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti untuk menentukan penangguhan pemilihan apabila berlaku masalah teknikal.
Terdahulu, Dr Wan Azizah yang juga timbalan perdana menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi pembinaan jalan ke Rumah Rengayan yang mempunyai kira-kira 200 penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 06 2018
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tiga, kanan) menerima cenderahati dari Tuan Rumah Panjang Wanita Endayan Ngumbang pada lawatan beliau ke Rumah Panjang Rengayan Ng Ruyak hari ini. - Foto BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Muhyiddin perlu mulakan konsultasi biparti demi negara - Fuziah Salleh
Muhyiddin Yassin perlu memulakan proses konsulatasi demi mempertahankan prinsip semak dan imbang dan menyikapi semangat demokrasi sebagai tunjang institusi Parlimen.
Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita PKR
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara rasmi pada Sabtu.
Haniza sifatkan tindakan PKR lucut keahliannya "seperti balas dendam"
Haniza Mohamad Talha yang dilucut keahliannya daripada PKR pada mesyuarat parti itu semalam, menyifatkan tindakan itu "seperti balas dendam".
Ketua Wanita PKR 'lesap', ucapan penggulungan diganti naib ketua
Kongres Nasional Keadilan ke-14 di MITC menyaksikan ucapan penggulungan sayap wanita parti itu tidak disampaikan oleh ketuanya, Haniza Mohamed Talha.
Terima teguran akar umbi, kata Ketua Wanita PKR
Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha berkata anggota parti perlu bekerjasama menangkis usaha mana-mana pihak dari memecahbelahkan parti.
Teguran Presiden PKR supaya kepimpinan berada di landasan betul
Ketua Wanita PKR Haniza Mohamed Talha menyifatkan teguran Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk mengingatkan semua kepimpinan parti berada di landasan betul.
Haniza Talha diumum Ketua Wanita PKR
Haniza Mohd Talha diumum Ketua Wanita PKR yang baharu menggantikan Zuraida Kamaruddin.
Tiada sindrom penafian dalam PKR - Dr Wan Azizah
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa wujud sindrom penafian berkaitan unsur-unsur sabotaj di dalam pemilihan parti itu.
Mujur kenyataan Anwar sekadar beri amaran, peringatan - Zuraida
Beliau berkata Anwar sepatutnya awal-awal lagi menjelaskan bahawa kenyataannya itu sekadar memberi amaran atau peringatan bagi mengelak salah faham.
Zuraida cadang mesyuarat rasmi PKR tentukan kerusi ditandingi Anwar
Ketua Wanita PKR mencadangkan agar parti itu mengadakan mesyuarat rasmi dalam kalangan pemimpin tertinggi parti bagi membincangkan secara teliti kerusi Parlimen untuk ditandingi Datuk Seri Anwar.