KUALA LUMPUR:Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mempunyai kuasa yang cukup untuk mengekang penularan COVID-19 tanpa harus mengisytiharkan darurat.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia berikutan rakyat di negara ini patuh kepada arahan kerajaan yang membabitkan sekatan pergerakan.
“Tidak ada kekurangan kuasa, (kerajaan) kuasa cukup kerana di Malaysia, rakyat kita patuh kepada kerajaan. Tidak seperti di Eropah, Amerika Syarikat yang mana rakyat bantah kalau ada sekatan apa-apa. Kalau ada ‘lockdown’ mereka bantah.
"Di Malaysia suruh 'lockdown', kita 'lockdown', suruh jangan gerak, kita tak gerak. Suruh duduk di rumah, kita duduk di rumah. Ada la dua tiga orang yang bantah tetapi tindakan boleh diambil terhadap mereka,” katanya memetik siaran langsung yang disiar portal Malaysia Gazette, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan platform pemasaran Herbee.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Baginda turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan.
BACA: Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos
BACA: Darurat ini bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Pelaksanaan Darurat pagi tadi memaklumkan pengisytiharan darurat di seluruh negara bukan satu rampasan kuasa tentera, dan tiada perintah berkurung dilaksanakan.
Sebaliknya, tegas beliau kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa.
Astro Awani
Tue Jan 12 2021

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia berikutan rakyat di negara ini patuh kepada arahan kerajaan yang membabitkan sekatan pergerakan - Gambar BERNAMA

Johor harap lawatan PM ke Singapura pada Mei bawa 'berita positif'
Perdana Menteri dijangka mengadakan lawatan rasmi ke Singapura awal bulan depan.

COVID-19: 2,078 kes baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Selangor menjadi negeri kedua tertinggi iaitu 457 kes, Kelantan (290) dan Kuala Lumpur (153).

Pertahan kerusi Permatang Pauh, Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan PKR
Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan parti untuk tentukan kedudukannya pada PRU15.

Kerjasama Muda-Warisan tidak boleh ketepikan Sarawak - Penganalisis politik
Bagaimanapun, Romzi berkata, kerjasama itu tidak seharusnya mengenepikan Sarawak.

Benarkah ini rumah Putin di Sochi Rusia?
Gambar-gambar ini menunjukkan konsep reka bentuk rumah yang dicipta oleh arkitek di Rusia.

Skim Harga Maksimum Hari Raya Puasa berkuat kuasa Rabu ini - KPDNHEP
KPDNHEP akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 berkuat kuasa 21 April hingga 20 Mei ini.
![[TERKINI] Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan [TERKINI] Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900538/25447324901618821456635_640x360.jpg)
[TERKINI] Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
Ikuti secara langsung Majlis Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2021 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. #AWANIterkini #HapusCOVID19

Padah bakar rumah sendiri, buruh kritikal, rakan maut
Seorang pekerja ladang warga Indonesia dipercayai telah menyimbah petrol di ruang tamu rumah berkenaan sebelum menyalakan api.

Kerajaan tidak ambil peluang lakukan perubahan ketika darurat - Pakar ekonomi
Darurat tak semestinya buruk jika pihak pemerintah ada pakar yang baik.

Tolak isteri jatuh kondominium, tukang masak dituduh membunuh
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Daneesh Xavier, 34, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Kalau 'tekan' kuat sangat, saya mungkin bertanding lagi pada PRU15 - Tun M
Beliau ketika ini berada dalam keadaan serba salah memandangkan keputusan awal yang dibuatnya sebelum ini adalah tidak mahu bertanding lagi dalam PRU akan datang.

Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.

Kerjasama PN: Kalau tidak tahu siapa 'penyangak' itu, tak payah duduk Malaysia - Tun M
Beliau secara berseloroh turut menyifatkan seluruh rakyat Malaysia mengenali susuk tubuh "penyangak" yang dimaksudkannya.

Mukhriz kongsi gambar kenangan berbuka puasa di MRSM
Mukhriz menimbulkan persoalan kepada pengikutnya untuk meneka di manakah dirinya dalam kelompok enam sekawan di dalam gambar berkenaan.

'Saya tak tahu, saya tak tahu' - Reaksi Dr Mahathir tentang tuduhan 1MDB terhadap keluarga Zeti
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa yang beliau tidak tahu-menahu mengenai dakwaan suami dan dua anak bekas gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ada menerima wang daripada 1MDB.

Kenyataan akhbar Mohamed Apandi pada 2016 timbulkan keraguan ke atas integritinya
Carta aliran yang dipegang Mohamed Apandi jelas menunjukkan dana daripada SRC International memasuki akaun Najib bukan sumbangan derma Arab.

PN sedia terima sesiapa, asal ikut perlembagaan dan tiada syarat - Hamzah
Individu berkenaan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengikut semua yang ditetapkan oleh perlembagaan parti tanpa apa-apa syarat.

ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.

Digelar Perdana Menteri paling teruk, Najib senaraikan kejayaan di bawah pentadbirannya
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau disifatkan teruk bagi 'mereka' dan tidak baik untuk kroni-kroni mereka.

Najib masih Perdana Menteri Malaysia paling teruk - Tun M
Dr Mahathir kekal dengan pendirian menolak sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin yang beliau percaya telah memberi nafas baru kepada Najib.