awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak wajar label NGO belia 'macai politik' - Khairy

Bernama
Bernama
02/08/2018
21:52 MYT
Tidak wajar label NGO belia 'macai politik' - Khairy
KHAIRY: Perkataan itu tidak wajar digunakan. - Gambar fail
Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan melabel badan bukan kerajaan (NGO) belia sebagai 'macai politik' adalah tidak wajar.
Beliau berkata kenyataan seumpama itu seharusnya tidak dikeluarkan daripada seorang menteri yang diamanahkan menjaga kebajikan golongan belia di negara ini.
"Saya rasa perkataan itu tidak wajar digunakan... saya tahu beliau mahu NGO belia berkecuali dan bersikap neutral.
"Namun bagi saya tidak perlulah menggelarkan NGO belia ini sebagai macai semata-mata hanya kerana mereka ini ada pendirian politik sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Naga sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di sini, malam tadi.
Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang melabelkan beberapa NGO belia sebagai 'macai politik' ketika perbahasan di Parlimen pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belia
#berkecuali
#ceramah
#Khairy Jamaluddin
#macai
#neutral
#NGO
#Parlimen
#perbahasan
#politik
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan