awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ahli UMNO Maran dipecat kerana sabotaj parti

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
14/10/2014
14:13 MYT
Tiga ahli UMNO Maran dipecat kerana sabotaj parti
NAJIB: Tiga ahli UMNO Bahagian Maran dipecat daripada parti kerana didapati bersalah mempunyai dua keahlian iaitu UMNO dan PKR.
Tiga ahli UMNO Bahagian Maran dipecat daripada parti kerana didapati bersalah mempunyai dua keahlian iaitu UMNO dan PKR.
Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ketiga-tiga mereka didapati bersalah kerana mensabotaj parti dan melanggar perlembagaan serta etika yang ditetapkan oleh Lembaga Disiplin.
Hukuman kerana mensabotaj parti itu telah diputuskan Lembaga Disiplin parti dan disahkan Majlis Tertinggi.
Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, PWTC pada Selasa.
Pada sidang media sama, Najib turut mengumumkan Persidangan Agung UMNO bakal berlangsung pada 25 hingga 29 November ini.
Ia akan bermula dengan taklimat Presiden pada 25 November, diikuti perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.
Seterusnya Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berlangsung pada keesokan harinya iaitu 26 November dan diikuti dengan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO bermula 27 November.
Topic Berkaitan
#Lembaga Disiplin
#majlis tertinggi
#Maran
#najib
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan