awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga jawatan utama Bersatu dapat sokongan tidak dipertandingkan

Bernama
Bernama
05/02/2020
13:10 MYT
Tiga jawatan utama Bersatu dapat sokongan tidak dipertandingkan
Jawatan Pengerusi, Presiden serta Timbalan Presiden kini masing-masing disandang Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga jawatan utama Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu Jun ini.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya berkata kepimpinan parti di semua negeri menyatakan sokongan untuk memastikan jawatan Pengerusi, Presiden serta Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
"Hari ini saya dapat laporan memang semua negeri memberi sokongan kepada tiga jawatan utama supaya jawatan tersebut tidak dipertandingkan dan tidak dicabar.
"Sebagai parti baharu memang kita minta pendirian semua kepimpinan bahagian dan negeri untuk beri sokongan penuh kepada pimpinan kita," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat bersama kepimpinan Bersatu di peringkat negeri di ibu pejabat Bersatu di Yayasan Selangor hari ini.
Jawatan Pengerusi, Presiden serta Timbalan Presiden kini masing-masing disandang Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Selain itu, Marzuki berkata pihaknya telah memuktamadkan senarai ahli yang layak menghadiri persidangan parti pada 15 Feb hingga 29 Mac, iaitu seramai 381,811 melibatkan semua yang sah mendaftar sebagai ahli sehingga 31 Dis 2019.
"Senarai keahlian yang disahkan ibu pejabat sahaja yang layak menyertai persidangan...senarai cawangan dilampirkan dalam kertas berwarna kuning, Armada berwarna biru muda dan Srikandi berwarna merah jambu," katanya.
Marzuki turut memaklumkan seramai 50 ahli telah digugurkan keahlian melibatkan mereka yang mempunyai dua keahlian parti politik dan kesalahan mensabotaj parti ketika Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Dr Mahathir Mohamad
#Majlis Pimpinan Tertinggi
#Marzuki Yahya
#Muhyiddin Yassin
#Mukhriz Mahathir
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#pemilihan parti
#Setiausaha Agung Bersatu
#tiga jawatan utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan