awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia wajar pertimbang konsep gaji hidup tangani peningkatan kos sara hidup
Gempa bumi 5.7 magnitud landa wilayah Santiago Del Estero, Argentina
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga negeri di bawah Pas tidak akan bubar DUN andai PRU15 tahun ini - Mohd Amar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
21/09/2022
09:49 MYT
Tiga negeri di bawah Pas tidak akan bubar DUN andai PRU15 tahun ini - Mohd Amar
DUN di ketiga-tiga negeri ditadbir Pas iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah hanya akan dibubarkan sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun hadapan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Seperti kerajaan DAP di Pulau Pinang, Pas juga membuat keputusan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di ketiga-tiga negeri yang ditadbir mereka sekiranya Parlimen dibubarkan tahun ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, DUN di ketiga-tiga negeri ditadbir parti tersebut iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah hanya akan dibubarkan sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun hadapan.
“Tiga negeri ini kelantan, Kedah dan Terengganu dikuasai oleh Pas. Jadi, Pas dalam mesyuaratnya dalam dua tiga minggu lepas telah membuat keputusan sekiranya Parlimen (dibubar) dalam bulan 10 (Oktober) ke bulan 11 (November) sepertimana diperkatakan, kita tidak akan bubar (DUN).
“Kita tidak akan bubar (DUN) tiga-tiga negeri ini… tidak akan berubah kecuali kalau Parlimen dibubarkan tahun hadapan,” kata Mohd Amar kepada pemberita ketika ditemui dipejabatnya, di sini, hari ini.
Menurut Mohd Amar, Pas berpendapat, tidak ada keperluan untuk Parlimen dibubarkan pada tahun ini memandangkan kerajaan yang ada hari ini stabil.
Dalam masa sama, beliau menegaskan, apa yang wajar diberikan tumpuan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ini ialah isu ekonomi dan kenaikan kos sara hidup.
Mohd Amar berkata, kebiasaannya negeri-negeri di pantai timur khasnya berdepan dengan kemungkinan banjir justeru, pilihan raya umum tidak sesuai diadakan apatah lagi melibatkan kos dan kewangan negara yang besar.
Topic Berkaitan
#PRU15
#PAS
#bubar DUN
#Mohd Amar Nik Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan