awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan wakil rakyat keluar parti menunjukkan DAP kucar-kacir - Shahrizat

Bernama
Bernama
12/02/2017
14:56 MYT
Tindakan wakil rakyat keluar parti menunjukkan DAP kucar-kacir - Shahrizat
SHAHRIZAT: Keputusan empat wakil rakyat DAP di Melaka yang keluar parti menunjukkan parti pembangkang itu berada dalam keadaan kucar-kacir. - Gambar fail
Keputusan empat wakil rakyat DAP di Melaka yang keluar daripada parti itu hari ini menunjukkan parti pembangkang itu berada dalam keadaan kucar-kacir, kata Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Katanya beliau tidak terkejut dengan perkara itu malah memang menjangkakannya, sambil tidak menolak kemungkinan lebih banyak anggota DAP akan turut berbuat demikian.
"Tindakan mereka itu menceritakan segala-galanya. Pembangkang dalam keadaan kucar-kacir... nasib dia sendiri pun tak boleh jaga, macam mana nak jaga nasib rakyat," katanya dalam sidang media di pusat media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di bangunan Majlis Daerah Lundu, di sini, hari ini.
Shahrizat berada di sini untuk berkempen bagi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu.
Pada sidang media di Melaka hari ini, Anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP pusat Liew Chin Tong mengesahkan empat wakil rakyat parti iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bachang Lim Jak Wong, ADUN Kesidang Chin Choon Seon, ADUN Duyong Goh Leong San dan anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him mengumumkan keluar daripada parti.
Sementara itu di Kuala Lumpur, Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh berkata keputusan empat wakil rakyat itu menunjukkan DAP telah menyimpang daripada prinsip dan anggotanya tidak lagi sehaluan dengan pucuk pimpinan parti itu.
"Saya percaya lebih banyak anggota DAP tidak bersetuju dengan langkah baharu parti itu," katanya kepada Bernama.
Di Melaka, Ketua Puteri UMNO Kota Melaka Haryaty Hamdzah berkata tindakan wakil rakyat berkenaan menunjukkan mereka bukan sahaja tidak percaya malah tidak selesa dengan perjuangan DAP.
"Mereka (pemimpin DAP) tidak mendengar suara anggota. Ini merupakan tamparan dan pengajaran supaya DAP semak semula parti mereka dahulu sebelum sibuk pasal UMNO.
"Ini juga menunjukkan bahawa cara kepimpinan parti itu bermasalah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#BN
#DAP
#Datuk C. Sivarraajh
#KKMM
#Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan