awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM: Pelantikan mesti kalangan ahli Parlimen UMNO

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2022
09:49 MYT
TPM: Pelantikan mesti kalangan ahli Parlimen UMNO
Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri (kanan) bertemu dengan seorang kana-kanak yang menyertai Program Jom Gunting Rambut Percuma di Masjid Al-Rahmah Taman Wira, Alor Setar pada Sabtu. - Gambar SINAR HARIAN
ALOR SETAR: Pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai sebahagian rombakan kabinet yang didakwa akan dilakukan dalam tempoh terdekat mestilah dalam kalangan ahli Parlimen UMNO.
Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri berkata, walaupun isu ini sekadar desas-desus, namun ahli Parlimen UMNO dirasakan lebih sesuai untuk menjawat jawatan nombor dua pentadbiran negara.
"Jadi, sekiranya spekulasi ini ternyata benar maka jawatan itu perlu datang daripada parti yang memiliki ramai ahli Parlimen yang berkelayakan dan berkemampuan, iaitu UMNO.
"Kita yakin Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO dapat bantu dengan ikhlas dan bersatu hati dalam kabinet Perdana Menteri berbanding parti lain," katanya kepada Sinar Harian selepas Program Jom Gunting Rambut Percuma di Masjid Al-Rahmah Taman Wira, di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata sedemikian ketika mengulas laporan sebuah media bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob dilapor akan melantik Timbalan Perdana Menteri yang baharu sebagai sebahagian rombakan Kabinet dalam masa terdekat.
Beliau menegaskan Perdana Menteri memerlukan ahli Parlimen UMNO yang memiliki banyak pengalaman sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri yang membantunya dalam mentadbir negara.
Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Alor Setar berpandangan, rombakan kabinet merupakan hak Perdana Menteri dan bukannya ketentuan parti.
Bagaimanapun, katanya, tumpuan seharusnya diberikan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berbanding rombakan kabinet kerana menteri tidak menunjukkan prestasi yang baik.
Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini.
Topic Berkaitan
#TPM
#Ahli Parlimen Umno
#Timbalan Perdana Menteri
#Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan