awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transformasi Politik: Beri peluang golongan 18 tahun jadi Senator - Gerakan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
18/09/2021
07:25 MYT
Transformasi Politik: Beri peluang golongan 18 tahun jadi Senator - Gerakan
Perubahan itu perlu dilakukan bagi memberikan lebih peluang kepada golongan muda untuk sama-sama memperjuangkan semangat demokrasi Malaysia, kata Dominic. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Golongan muda berusia 18 tahun perlu diberi peluang untuk menjadi Ahli Dewan Negara, selari dengan kelulusan yang diberikan kepada golongan yang sama untuk mengundi dan menjadi Ahli Dewan Rakyat.
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, sewajarnya perubahan itu dilakukan bagi memberikan lebih peluang kepada golongan muda untuk sama-sama memperjuangkan semangat demokrasi di negara ini.
Beliau berkata, bagi membolehkan perkara itu dilakukan, pindaan harus dilakukan kepada Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan, iaitu menurunkan had umur minima Ahli Dewan Negara daripada 30 tahun kepada 18 tahun.
Laksana Undi18 , daftar pemilih secara automatik segera - Ahmad Maslan
“Perkara 47 mengatakan warganegara Malaysia yang bermastautin di Persekutuan, layak menjadi Ahli Dewan Negara, jika berumur tidak kurang 30 tahun.
“We request to change this – kerana Dewan Rakyat boleh tukar kepada 18 tahun, mengapa Dewan Negara…pelantikan Senator tidak boleh diubah kepada 18 tahun ke atas,” katanya melalui satu sidang media maya di sini, hari ini.
BACA: Undi18: Lima negeri belum pinda perlembagaan - Wan Junaidi
Dominic berkata, perkara itu merupakan antara yang akan diperjuangkan Gerakan, hasil keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat parti, hari ini.
Pada 14 September lepas, Sebanyak enam transformasi telah dipersetujui antara kerajaan dan pembangkang melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang telah diterbitkan kepada umum di laman web Parlimen.
Di bawah tajuk Transformasi Pentadbiran, kedua-dua pihak bersetuju agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mempercepatkan lagi tindakan untuk pendaftaran umur minima pengundi 18 tahun dan pendaftaran secara automatik.
Topic Berkaitan
#Undi 18
#GERAKAN
#Dominic Lau
#transformasi politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan