awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transformasi politik: Pembangkang diharap sambut usaha kerajaan henti berpolitik - Annuar

Fareez Azman
Fareez Azman
12/09/2021
06:47 MYT
Transformasi politik: Pembangkang diharap sambut usaha kerajaan henti berpolitik - Annuar
Annuar berpendapat usaha kerajaan dalam memperkenalkan transformasi politik matang itu perlu disambut Ahli Parlimen pembangkang demi rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persefahaman inklusif antara semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti demi memberikan prioriti utama rakyat adalah transformasi politik matang di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa ia satu permulaan baik yang membuktikan bahawa kerajaan mempunyai keazaman politik demi rakyat, seiring dengan konsep Keluarga Malaysia untuk membina semula negara tercinta.
"Semua ahli Kabinet telah mempersetujui secara konsensus bahawa perlunya kerajaan mengajak pembangkang bersama kerana kita perlu mengutamakan rakyat dan negara.
"Satu persefahaman sebegini antara kerajaan dan pembangkang adalah agenda yang akan membawa satu makna yang amat besar kepada negara, khasnya rakyat, dan akan membawa impak yang besar dengan segala pembaharuan yang akan kita perkenalkan.
"Ia merupakan satu permulaan, namun saya berkeyakinan kerajaan hari ini mempunyai keazaman politik untuk membawa transformasi politik di mana wakil-wakil rakyat bersama untuk menyelesaikan isu-isu rakyat demi kelangsungan hidup," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah Annuar, persefahaman politik yang akan dicapai dijangka dapat mengubah lanskap politik negara dalam masa depan.
Terutamanya ketika negara berada dalam Pelan Pemulihan Negara dari fasa pandemik ke endemik.
"Kerajaan sekarang berasakan amat perlu kita berjiwa besar untuk mengajak semua Ahli Parlimen pembangkang untuk bersama memainkan peranan membantu rakyat yang sedang dibelenggu krisis kesihatan dan krisis ekonomi.
"Kerajaan ini meletakkan rakyat sebagai prioriti yang paling utama dan bertegas mengenepikan 'politicking' untuk kesejahteraan semua tanpa mengira fahaman politik," katanya lagi.
Usaha itu jelasnya lagi diharapkan dapat disambut dan diterjermahkan menjadi realiti oleh semua Ahli Parlimen agar fokus sebenar diberikan kepada pemulihan negara.
"Saya juga mengalu-alukan kecenderungan para pembangkang untuk menyambut seruan kerajaan untuk bersama dalam persefahaman ini demi rakyat, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua-ketua parti Pakatan Harapan di dalam satu kenyataan media pada September 11.
"Saya berharap kecenderungan ini dapat diterjemahkan menjadi realiti secepat mungkin, supaya Keluarga Malaysia tidak lagi dibelenggu kesan dari 'endless politicking' dan rakyat dapat memfokuskan segalanya untuk kelangsungan hidup dan menjana ekonomi," kata Annuar lagi.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#ismail sabri yaakob
#kabinet
#transformasi politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan