awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Faisal buat laporan polis surat sokong Anwar jadi PM

Bernama
Bernama
23/11/2022
13:08 MYT
Tun Faisal buat laporan polis surat sokong Anwar jadi PM
Tun Faisal (kiri) berkata Ahmad Zahid mesti bertanggungjawab atas kandungan surat itu yang jelas telah membelakangi bukan sahaja keputusan Dewan Tertinggi BN tetapi keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu 'No Anwar, No DAP'. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz meminta pihak polis menyiasat kesahihan kandungan surat yang mendakwa 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
Beliau berkata surat itu yang tular hari ini didakwa daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Surat bertarikh 22 Nov 2022 menggunakan kepala surat BN itu turut didakwa ditandatangani Ahmad Zahid.
"Memang patut surat itu disiasat sebagai cubaan menipu dan menghina Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, di sini, hari ini.
Tun Faisal berkata surat yang kononnya dihantar kepada Al-Sultan Abdullah itu susulan hasil keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN, semalam.
Beliau berkata, bagaimanapun, ahli Dewan Tertinggi BN termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan bahawa ada sokongan terhadap mana-mana pihak.
"Tiada sebarang keputusan yang berubah selain keputusan menjadi pihak yang berkecuali," katanya.
Tun Faisal berkata Ahmad Zahid mesti bertanggungjawab atas kandungan surat itu yang jelas telah membelakangi bukan sahaja keputusan Dewan Tertinggi BN tetapi keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu 'No Anwar, No DAP'.
Ditanya sama ada aduan dibuat kepada MKT berhubung surat itu, Tun Faisal berkata beliau berharap MKT dapat mengusulkan untuk mengambil tindakan displin terhadap Ahmad Zahid kerana melanggar serta membelakangkan keputusan parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#surat sokong Anwar jadi PM
#tun faisal ismail aziz
#Zahid Hamidi
#pasca PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan