KUALA LUMPUR: Tiga permintaan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz bagi membolehkan beliau menghadapi Tribunal Lembaga Disiplin parti dengan lebih adil, telah ditolak.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya hari ini, beliau berkata, tiga permintaan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada rakan, pengamal undang-undang serta veteran UMNO, yang bimbang Lembaga Disiplin tidak boleh berlaku adil.
Jelasnya lagi, pernah berlaku dalam kes-kes yang dibawa ke Lembaga Disiplin sebelum ini melibatkan pesalah kes politik wang semasa pemilihan parti, bagi kes yang hampir sama, hukumannya berbeza mengikut individu.
“Bagi individu biasa, mereka dikenakan hukuman gantung, tapi bagi individu yang mempunyai kaitan rapat dengan kepimpinan, mereka hanya diberikan amaran. Begitu juga kes yang melibatkan Datuk Lokman Adam. Sampai sekarang masih ada bunyi-bunyi berkaitan ketelusan dan keadilan mengenainya.
“Atas nasihat ini, saya telah membuat tiga permintaan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebaiknya untuk membela diri,” katanya lagi.
Pada 25 Februari lepas, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa itu telah memohon tiga perkara iaitu beliau mahu senarai nama anggota tribunal, iaitu pengerusi dan anggota-anggotanya.
Selain itu Tun Faisal mahu tahu identiti pengadu atau nama UMNO Bahagian yang membuat aduan serta butiran aduan asal didakwa telah beliau langgar.
Permohonan ketiga pula ialah kebenaran untuk beliau membawa dua pengamal undang-undang untuk hadir sama dan bertindak sebagai pemerhati serta penasihat.
Bagaimanapun, Tun Faisal berkata, beliau telah mendapat surat maklum balas daripada Pengerusi Lembaga Displin UMNO Malaysia Tan Sri Zul Hasnan Rafique, yang memaklumkan ketiga-tiga permohonan itu ditolak, tanpa disertakan alasan penolakan.
“Apabila permintaan ini ditolak, bagi saya, ini adalah 'missed opportunity' (peluang yang disia-siakan) bagi Lembaga Disiplin untuk menunjukkan bahawa mereka telus, benar-benar terbuka dan benar-benar mahu mencari kebenaran.
“Tiga permintaan ini saya buat selepas Sekretariat Lembaga Disiplin menghubungi saya dan memaklumkan bahawa mereka mahu memberi seluas-luas ruang kepada saya untuk membela diri,” katanya lagi.
Tun Faisal berkata, jika ketiga-tiga permintaan itu dipenuhi, tanggapan terhadap Lembaga Disiplin UMNO akan menjadi lebih positif, dan Lembaga Disiplin UMNO dan UMNO sendiri akan dilihat amat komited untuk berlaku adil dan bersikap telus.
Jelasnya lagi, beliau telah menghantar surat permohonan sekali lagi kepada Zul Hasnan agar dipertimbangkan ketiga-tiga permohonan tersebut.
Firdaus Azil
Sat Feb 27 2021

Tun Faisal mendakwa, pernah terjadi tribunal dalam Lembaga Disiplin sebelum ini yang dilihat berat sebelah serta tidak adil. - Gambar fail

COVID-19: Lagi daerah hijau di Sabah bertukar jadi zon kuning
Daerah Kuala Penyu bertukar dari zon hijau kepada zon kuning, selepas mencatatkan tiga kes baharu hari ini.
![[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021) [INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900773/5949771741618931574856_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021)
![[INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April) [INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900774/5949771751618931510055_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April)

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 20 April 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
![[INFOGRAFIK] Cadangan Perkemas PdPR [INFOGRAFIK] Cadangan Perkemas PdPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900775/5949771761618931467704_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Cadangan Perkemas PdPR
![[INFOGRAFIK] Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 [INFOGRAFIK] Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900777/5949771771618931412592_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021

104,400 pekhidmat rumah tangga bakal dilindungi di bawah Perkeso - Saravanan
Menurut Datuk Seri M Saravanan, inisiatif di bawah Perkeso itu bakal memanfaatkan seramai 104,400 pekhidmat rumah tangga.

Perlu ada SOP yang jelas untuk uruskan sekolah era pandemik - Cheryl Ann Fernando
Kekeliruan dan kerisauan ibu bapa terhadap status persekolahan anak mereka ketika ini adalah kerana tiada panduan jelas bagaimana sekolah patut dikendalikan berdepan dengan situasi pandemik, kata Pengarah PEMIMPIN Global School Leaders Malaysia, Cheryl Ann Fernando.

Sekolah perlu ada pelan intervensi elak murid tercicir lebih jauh ditinggalkan - Cheryl Ann Fernando
Tumpuan khusus pihak sekolah perlu diberikan kepada murid kurang bernasib baik supaya mereka tidak terus tercicir daripada matlamat sistem pendidikan lebih-lebih lagi pasca pandemik ini, kata Pengarah PEMIMPIN Global School Leaders Malaysia, Cheryl Ann Fernando.

Setiap sekolah perlu diberi autonomi tadbir sekolah ikut acuan sendiri - Cheryl Ann Fernando
Pengarah PEMIMPIN Global School Leaders Malaysia, Cheryl Ann Fernando berpendapat bahawa kebebasan untuk sekolah mentadbir mengikut situasi dan sifat unik masing-masing dapat membentuk ekosistem yang lebih lestari kepada semua pihak yang terlibat.

Tun Faisal persoal tindakan Lembaga Disiplin tolak tiga syarat untuk berlaku adil
Tun Faisal mendakwa, pernah terjadi tribunal dalam Lembaga Disiplin sebelum ini yang dilihat berat sebelah serta tidak adil.

Fikir langkah penyatuan Bersatu, UMNO agar tidak longgar - Mas Ermieyati
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO perlu memikirkan langkah lain agar penyatuan antara kedua-dua parti tidak longgar dan diperkukuhkan.