awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir dakwa akan disiasat

Sinar Harian
Sinar Harian
04/04/2022
09:47 MYT
Tun Mahathir dakwa akan disiasat
TUN MAHATHIR: "Saya akan dipanggil untuk soal siasat. Di Malaysia ini satu tekanan yang menakutkan. Tutup mulut. Tutup telinga. Awak okay." - Gambar fail
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau akan dipanggil oleh pihak berkuasa untuk disiasat.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menyatakan sebab siasatan tersebut.
"Saya akan dipanggil untuk soal siasat. Di Malaysia ini satu tekanan yang menakutkan. Tutup mulut. Tutup telinga. Awak okay," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ahli Parlimen Langkawi itu turut menyatakan kehairanannya kerana rakyat Malaysia tidak marah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kerana kedua-dua mereka antara yang disebut berkali-kali sebagai terlibat dengan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Laporan-laporan ini boleh dibaca dalam akhbar Malaysia. Tetapi yang peliknya ramai orang Malaysia tidak sedikit pun marah terhadap Najib dan Rosmah, jauh sekali merasa malu.
“Di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor parti Najib disokong sehingga menang dua per tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO juga dilihat lebih menghormati Najib berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Dalam satu rakaman video Perdana Menteri ditolak ke belakang oleh Presiden UMNO dan tarik Najib ke hadapan di tempat Perdana Menteri.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#Tun Mahathir
#Mahathir Mohamad
#rakyat Malaysia
#Pejuang
#Najib Razak
#Rosmah Mansor
#1MDB
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan