Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana hasrat beliau menggulingkan kerajaan yang dilantik secara demokrasi telah gagal, menurut Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu berkata, kekecewaan itu ditambah dengan keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang sekaligus menidakkan ramalan Dr Mahathir.
"Beliau marah kerana terus gagal dalam pilihan raya bersama sekutunya.
"Sebagai contoh, dua pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini yang disifatkan oleh Dr Mahathir sebagai pungutan suara terhadap Perdana Menteri, menyaksikan rakyat memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional dengan majoriti lebih besar berbanding sebelumnya," katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin.
Tambah beliau, lebih menghairankan, apabila Dr Mahathir bercakap tentang demokrasi, ia seolah-olah bertentangan dengan apa yang telah dilakukannya ketika menjadi Perdana Menteri.
"Baru-baru ini, beliau secara terbuka mengakui menjadi diktator ketika memegang tampuk kuasa - sesuatu yang sudah kita ketahui sebenarnya.
"Ia menjadi lebih ironi apabila sekutu baharu Dr Mahathir dalam barisan pembangkang, mempelajari mengenai demokrasi daripada beliau.
"Pemimpin utama pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng semuanya pernah dipenjarakan sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri," katanya.
Abdul Rahman turut mengaitkan beliau dengan Datuk Zaid Ibrahim, yang disifatkannya sebagai "seorang lagi sekutu baharu" Dr Mahathir.
"Zaid pernah menyifatkan pentadbiran Dr Mahathir sebagai `autoritarian' dan demokrasi UMNO `mati' di bawah pimpinannya, selain memusnahkan sistem perundangan serta kebebasan sistem kehakiman di Malaysia.
"Dengan semua itu sekalipun, Zaid kini meminta Dr Mahathir kembali memerintah," katanya.
Astro Awani
Mon Oct 03 2016
ABDUL RAHMAN: Tun Dr Mahathir Mohamad marah kerana terus gagal dalam pilihan raya bersama sekutunya. - fotoBERNAMA / Fail
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM TIBA di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
KWSP tidak hadapi masalah kewangan - Abdul Rahman
KWSP tidak menghadapi masalah kewangan seperti didakwa oleh pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Arab Saudi ingin tahu lebih Program Transformasi Nasional - Rahman Dahlan
Abdul Rahman Dahlan berkata, Arab Saudi menyatakan minat terhadap kejayaan Malaysia melaksanakan langkah-langkah perubahan holistik melalui Program Transformasi Nasional.
Jentera BN Sabah sedia hadapi pilihan raya negeri awal - Abdul Rahman
Jentera Barisan Nasional (BN) Sabah sudah bersiap sedia dari segi psikologi untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal, kata Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Pengesahan antarabangsa buktikan Malaysia mampu harungi ketidaktentuan
Pengesahan oleh badan-badan bebas antarabangsa dan lain-lain institusi yang ternama ke atas ekonomi Malaysia menunjukkan bahawa negara ini masih berdaya tahan.
Dakwaan Shafie Apdal mengelirukan rakyat - Rahman Dahlan
Tegas beliau, dakwaan yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Dewan Rakyat itu semalam adalah berdasarkan emosi dan fakta tidak berasas.
Tun Mahathir kecewa kerana gagal gulingkan kerajaan - Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu berkata, kekecewaan itu ditambah dengan keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang sekaligus menidakkan ramalan Dr Mahathir.
REHDA: Prestasi jualan hartanah Malaysia menyusut
Jualan hartanah Malaysia susut kepada 39 peratus pada 6 bulan pertama 2016.
Isu banglo: "DAP parti politik bersih tidak boleh lagi dipakai" - Rahman Dahlan
Datuk Abdul Rahman Dahlan pada masa lega dengan penahanan Guan Eng itu kerana beliau yakin berlaku salah laku dalam transaksi pembelian banglo tersebut.
Idea bangun awal elak tol: Netizen saran diskaun sebelum jam 6 pagi
Banyak cadangan bernas diutarakan berkenaan caj tol dan ia menerima reaksi positif dari Rahman Dahlan sendiri.
Daerah Baling kawasan paling 'bahagia' di Malaysia
Majlis Daerah Baling, Kedah dikenal pasti sebagai kawasan yang mencatat kadar kebahagiaan tertinggi di Malaysia.