Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan krisis politik yang berlaku pada ketika ini berpunca selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di blognya, chedet.cc, Dr Mahathir berkata dalam pengakuan di hadapan Yang Di-Pertuan Agong, beliau akui tidak lagi mendapat sokongan daripada penyokongnya.
"Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mendakwa krisis politik bermula apabila saya, Mahathir Mohamad letak jawatan sebagai Perdana Menteri.
"Benarkah, tiba-tiba tanpa sebab saya letak jawatan? Saya yang kononnya disokong oleh parti Kerajaan dan parti lawan, termasuk Najib Tun Razak dan beberapa lagi yang sedang dibicara atas tuduhan rasuah menyokong saya? Ini tidak masuk akal.
"Yang benar ialah saya letak jawatan kerana dalam pengakuan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong saya tidak dapat sokongan dari penyokong saya. Saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri," memetik kenyataan itu.
Susulan itu, Yang Di-Pertuan Agong menerima peletakan jawatannya, namun pada masa sama diarah memegang jawatan Perdana Menteri buat sementara.
"Siapa yang akan ganti saya. Rakyat bosan dengan orang politik yang lebih utama politik dari pentadbiran yang baik. Saya cadang diadakan satu Kerajaan Nasional yang bukan orang politik yang berpengetahuan juga akan menyertai Kerajaan.
"Orang parti juga akan menyertai Kerajaan tetapi sebagai orang biasa yang tidak tertakluk kepada agenda parti mereka.
Tetapi cadangan saya ditolak. Saya pun letak jawatan. Dan berlarutanlah krisis ini. Saya tidak tahu bila ia akan tamat?" soalnya.
Muhyiddin dalam ucapannya semalam menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain sama ada untuk terus menyokong Dr Mahathir yang tidak mempunyai sokongan majoriti, atau menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri.
"Jika saya terus menyokong Tun Dr Mahathir, kemelut politik akan berpanjangan. Berkemungkinan Parlimen terpaksa dibubarkan dan Pilihanraya umum perlu diadakan," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Mar 03 2020
Tun Dr Mahathir Mohamad nafi krisis politik yang berlaku pada ketika ini berpunca selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. - Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Al-Sultan Abdullah sangat berhemah, tenang ketika buat keputusan semasa krisis politik
Al-Sultan Abdullah terserlah dengan kewibawaan baginda yang sentiasa tenang menghadapi kemelut politik dan krisis Perlembagaan.
Krisis politik Guatemala: Pendakwa raya rampas dokumen pilihan raya
Krisis politik di Guatemala semakin memuncak selepas pendakwa raya menyerbu tribunal pilihan raya negara itu untuk mendapatkan dokumen berkaitan pilihan raya presiden Ogos lalu.
Ratusan ditahan ekoran situasi politik tegang di Senegal
Ratusan orang telah ditahan di seluruh negara sejak protes berdarah meletus sebagai reaksi terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada seorang pemimpin pembangkang, kata seorang pegawai pada Ahad.
Rakyat Bulgaria mula mengundi dalam pilihan raya awal
Hampir 6.6 juta pengundi berdaftar layak mengundi dalam pilihan raya itu, manakala 738 peti undi dibuka di 62 negara, menurut Kementerian Luar.
Lawatan Anwar ke Bangkok bakal pacu rundingan damai di selatan Thailand
Ahli akademik dan pakar yakin bahawa lawatan Anwar dijangka menyumbang momentum kepada proses dialog damai selatan Thailand.
RUU Antilompat Parti untuk elak negara berhadapan konflik politik berterusan - PM
Pindaan dilakukan bagi memberikan mesej jelas kepada setiap Ahli Dewan Rakyat supaya berpegang kepada prinsip parti yang diwakili.
Krisis Sri Lanka: PM jemput penunjuk perasaan sertai kerajaan
Di bawah cadangan reformasi perlembagaan, kuasa Presiden akan dikurangkan dan kuasa Parlimen diperkukuhkan.
Sri Lanka naikkan lagi harga bahan api
Ceylon Petroleum Corporation (CPC) milik kerajaan Sri Lanka sekali lagi menaikkan harga bahan api berkuat kuasa Selasa.
Tindakan ahli politik jadikan diri 'komoditi' punca krisis politik tidak berkesudahan - Tok Mat
Sikap ahli politik yang menjadikan diri mereka sebagai 'komoditi' menyebabkan negara berada dalam situasi politik yang amat janggal dan tidak pernah dilalui sebelum ini.
Lebih 2 'singa' di Melaka, perpecahan dalaman UMNO jadi punca
Bukan sahaja dua, lebih daripada dua ekor 'singa' yang ada di negeri Melaka. Ini yang perlu diselesaikan dengan kadar segera.