awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuntutan Pas: 'Kita sudah bagi peruntukan kepada pembangkang'

Sinar Harian
Sinar Harian
31/03/2024
23:30 MYT
Tuntutan Pas: 'Kita sudah bagi peruntukan kepada pembangkang'
Wan Rosdy bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Baucar 'Moh Balik Beraya Ke Pahang' di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjelaskan bahawa kerajaan negeri telah pun menyalurkan peruntukan kepada pembangkang.
Wan Rosdy berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih itu berikutan pihak pembangkang tidak mempunyai topik lain yang boleh dibangkitkan.
"Nak pertimbang apa, kita memang sudah bagi (peruntukan) kepada pembangkang.
"Mereka tidak ada isu," katanya kepada petugas media Majlis Penyerahan Baucar Jom Balik Raya Anjuran Sekretariat Perantau Anak Pahang di Stadium Titiwangsa pada Ahad.
Pada Sabtu, Dewan Pemuda Pas Pahang menuntut Wan Rosdy untuk menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya kerajaan negeri menyalurkan peruntukan kepada pembangkang secara adil dan saksama.
Mohd Zarimi berkata, tindakan itu sekali gus mengiktiraf peranan pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.
Beliau berkata sedemikian susulan penularan beberapa klip video yang memaparkan baginda bertitah mengenai perkara tersebut ketika Majlis Sambutan Nuzul Quran, Bacaan Yassin dan Tahlil Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar serta Perasmian Masjid Baharu Alor Akar, di sini pada Khamis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pahang
#PAS
#peruntukan
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan