awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO 2015: PAS bukan musuh utama UMNO - Perwakilan Terengganu

Bernama
Bernama
11/12/2015
02:49 MYT
UMNO 2015: PAS bukan musuh utama UMNO - Perwakilan Terengganu
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini. - Gambar Fail
PAS tidak perlu dilihat sebagai musuh utama UMNO, sebaliknya parti berpaksikan Islam itu adalah sahabat yang mampu mengembalikan sokongan terutamanya orang Melayu kepada Barisan Nasional, kata wakil UMNO Terengganu Datuk Din Adam.
Membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini, Ketua UMNO Bahagian Dungun itu menarik perhatian cadangan kerjasama dengan parti, yang pernah membolot kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, adalah langkah bijak.
"Di Terengganu, majoriti pengundi adalah berbangsa Melayu dan parti UMNO dan PAS adalah dua parti tunjang negeri. Pada PRU ke-13 kita menang banyak kawasan di pedalaman, kawasan bandar kita tak menang.
"Jadi saya setuju sangat kerjasama ini. Jangan pandang PAS sebagai musuh utama kita, kita kena lihat musuh utama kita DAP, sebab orang PAS adalah seagama dan sebangsa kita, tak mustahil kalau sistem (kerjasama) kita dilaksana baik, saya yakin di Terengganu orang yang menyokong PAS akan kembali menyokong BN," katanya.
Semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu "disepak dan diterajang keluar" oleh rakan-rakan pembangkangnya.
Topic Berkaitan
#majlis tertinggi
#Najib Razak
#PAU 2015
#Perhimpunan Agung UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan