KUALA LUMPUR: UMNO bakal menggerakkan kempen 'Sambung Yang Tergendala' pada Sabtu ini.
Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berkata 'Sambung Yang Tergendala' merupakan kempen untuk mengajak rakyat membincangkan soal dasar untuk kembalikan Malaysia ke landasan yang betul demi mengembalikan daya saing negara dan mensejahterakan rakyat.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO itu memaklumkan, antara dasar yang akan dicadangkan meliputi masalah pengangguran, pendapatan pegun, pertanian, pendigitalan dan pendidikan terutamanya.
"Mutakhir ini perbincangan tentang dasar-dasar di dalam negara kita berkisar tentang bagaimana untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas disebabkan krisis pandemik COVID-19.
"Oleh sebab yang demikian, kebanyakan dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan menjurus ke arah dasar-dasar jangka pendek yang reaktif tanpa menumpukan kepada perkara struktur dan fundamental sebenar permasalahan yang dihadapi rakyat.
"Program-program bantuan yang diumumkan Kerajaan sememangnya sangat dialu-alukan. Walau bagaimanapun perlu ada suatu perbincangan yang lebih menumpukan kepada isu-isu struktur dan percambahan idea-idea baharu yang radikal untuk memastikan kebajikan rakyat secara keseluruhannya terbela dan negara Malaysia terus makmur bergerak ke hadapan," jelasnya dalam satu kenyataan.
Sesi pertama program yang menggunakan format balai rakyat hibrid itu bakal berlangsung di Sungai Siput pada Sabtu.
Ia juga akan disiarkan secara lansung secara striman langsung di Facebook.
Astro Awani
Thu Apr 01 2021
Shahril berkata 'Sambung Yang Tergendala' merupakan kempen untuk mengajak rakyat membincangkan soal dasar untuk kembalikan Malaysia ke landasan yang betul demi mengembalikan daya saing negara dan mensejahterakan rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Program Sambung Yang Tergendala akan diperluas - Shahril Hamdan
Menurut Shahril, maklum balas tentang program berkenaan juga memberikan input yang baru terhadap kumpulan sasar dan sebagainya.
UMNO bakal gerakkan kempen 'Sambung Yang Tergendala'
Pemuda UMNO bakal menggerakkan kempen Sambung Yang Tergendala pada Sabtu ini.