KEPALA BATAS: Penduduk di sekitar Bertam dan Pinang Tunggal di sini bakal berjiran dengan ribuan pekerja warga asing apabila terdapat cadangan pembinaan Kuarters Pekerja Berpusat atau Centralized Labour Quarters (CLQ) di kawasan pembangunan Bertam, di sini.
Pembinaan asrama pekerja itu dibangunkan berikutan cadangan pembangunan Kawasan Perindustrian Berteraskan Teknologi Tinggi di tapak seluas lebih 339 hektar yang terletak di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir di sini tidak lama lagi.
Difahamkan, pembangunan yang akan dijalankan itu bakal memberi kesan kepada penduduk setempat yang melibatkan hampir 20 kampung dan 11 taman perumahan, termasuk menjejaskan kualiti hidup mereka.
Bukan sahaja soal keselamatan dan keselesaan yang dipertikaikan, malah kebanyakan penduduk yang menghuni di sekitar kawasan ini, termasuk beberapa taman perumahan yang baharu dibuka, tidak sanggup menjalani kehidupan dengan pelbagai ancaman sekiranya projek berkenaan diteruskan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO Kepala Batas, Datuk Roslan Saidin berkata, pihaknya membantah cadangan pembinaan pembangunan kuarters pekerja berpusat di kawasan Bertam itu yang dianggap tidak sesuai.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius berkaitan isu ini dan membantah cadangan pembinaan tujuh blok 10 tingkat dormitori CLQ yang akan menempatkan ribuan pekerja-pekerja asing.
"Kita khuatir kebanjiran ribuan pekerja-pekerja asing boleh mengganggu gugat ketenteraman dan keselesaan rakyat tempatan yang sedia ada.
"UMNO Kepala Batas berpandangan pembinaan CLQ di dalam kawasan tersebut amat tidak sesuai," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Jumaat.
Roslan berkata, pihaknya dimaklumkan, cadangan pembangunan CLQ ini belum dikemukakan oleh pemaju kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk mendapatkan kebenaran merancang.
Bagaimanapun, pihaknya berpendapat amat wajar untuk UMNO merekodkan bantahan awal terhadap cadangan pembangunan CLQ di kawasan tersebut.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 20 2022

Antara kawasan yang terkesan dengan pembangunan yang akan dijalankan di kawasan Bertam. - Foto Sinar Harian

Isu pelanggan tidak puas hati layanan pegawai JPJ selesai
Qiau Wei berkata, dia sudah berjumpa dengan pegawai JPJ tersebut untuk menyelesaikan perkara berkaitan pada Rabu.

Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/thumbnails/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Pemandu maut kereta rempuh tiang SmartTAG di LDP
Rempuhan itu menyebabkan mangsa, Wong Kok Wai, tersepit di tempat duduk pemandu.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Kanak-kanak kritikal akibat dadah semakin pulih
Dr Noraini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, buat sementara waktu, kanak-kanak berkenaan perlu minum menggunakan tiub melalui hidungnya.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Dua menteri dicadang bertemu, selesai isu pekerja asing
Kerajaan memandang serius impak kekurangan pekerja asing ke atas ekonomi negara.

Rekalibrasi PATI: Tiada kompromi selepas 30 Jun - Hamzah
Seramai 282,581 pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah berdaftar untuk pulang secara sukarela sehingga 23 Jun lalu.

Kerajaan cari penyelesaian atasi isu permit pekerja asing - Wee Ka Siong
Banyak syarikat pelbagai bidang sedang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja disebabkan kelewatan kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

RHB Research semak turun harga sasaran KLK kepada RM26.30
Kuala Lumpur Kepong Bhd. (KLK) dijangka mampu mencapai pertumbuhan pengeluaran buah tandan segar sebanyak 20% bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2022 (FY22).

Pasaran buruh akan mengukuh pada separuh kedua 2022 - MIDF Research
Malaysia akan menerima kumpulan pertama pekerja asing Indonesia hari ini sejak pembukaan semula sempadan.

Pemilihan 25 syarikat Bangladesh untuk elak monopoli - Saravanan
Kelulusan yang diberikan Kementerian Sumber Manusia kepada 25 syarikat untuk mengambil pekerja dari Bangladesh dibuat bagi mengelakkan amalan monopoli.

KPKK saran tingkat penggunaan alatan automasi sektor perladangan, tangani isu kekurangan pekerja asing
Peningkatan penggunaan automasi seperti menggunakan dron untuk pengawasan dan kawalan serangga perosak akan menarik minat pekerja tempatan.

PAPSMA gesa kerajaan siasat ejen pengambilan pekerja asing dari luar negara
Pelbagai tawaran dijanjikan membuatkan ada majikan terpedaya sedangkan prosedur daripada kerajaan biasanya mengambil masa.

KSM akan perkenal sistem kad pengenalan untuk pekerja asing - Saravanan
Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memperkenalkan sistem kad pengenalan untuk mengelakkan pekerja asing yang berdaftar lari ke sektor pekerjaan lain.

Kerajaan luluskan 14,000 permohonan pekerja asing dari Bangladesh, Indonesia
Kelulusan 14,000 permohonan pengambilan pekerja asing itu adalah untuk menampung keperluan industri pembinaan dalam negara.