awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO, BN bergerak solo pada PRU15 - Mahdzir

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2022
08:49 MYT
UMNO, BN bergerak solo pada PRU15 - Mahdzir
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bergerak solo bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kecuali pucuk pimpinan memutuskan sebaliknya, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid. - Gambar fail
KOTA TINGGI: UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bergerak solo bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kecuali pucuk pimpinan memutuskan sebaliknya.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan untuk bergandingan dalam Muafakat Nasional (MN) Plus terhenti apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menubuhkan Perikatan Nasional (PN).
Justeru, buat masa ini, UMNO dan BN, kata Mahdzir, kekal dengan pendirian berkenaan.
Dalam masa sama, Mahdzir menyifatkan, agak sukar buat UMNO dan BN untuk kembali pada gagasan MN memandangkan politik negara bersifat dinamik.
"Setakat ini BN dalam perkiraan pilihan raya atas sifat (bergerak) solo, walau bagaimanapun terpulang kepada apa keputusan parti.
“Saya ingat kita usahlah mendebatkan perkara ini terutamanya di sosial media. Kalau ada patut kita bercakap, bersemuka… kalau patut kita cakap bersemuka maka elok kita cakap secara bersemuka " kata Mahdzir.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar di sini, pada Ahad.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap menegaskan, perkara itu seharusnya tidak diungkit Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana sudah lebih setahun berlalu.
Muhyiddin, pada Sabtu mendakwa, UMNO merupakan pihak yang membuat keputusan menolak Bersatu dan Pas daripada menyertai MN.
Pengerusi PN itu yakin sekiranya kerjasama parti Melayu Islam (UMNO, Bersatu dan Pas) dalam MN benar-benar terjalin, kemenangan selesa lebih dua pertiga boleh dicapai pada PRU15.
Topic Berkaitan
#UMNO
#BN
#bergerak solo
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan