MUAR: Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad mendakwa pemimpin UMNO yang sebelum ini keras dan lantang menentang konsep Malaysia Malaysian kini seakan 'mensucikan' perjuangan DAP itu.
Ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata, UMNO adalah pihak yang paling kuat menentang konsep tersebut, namun amat mengejutkan apabila ada pemimpin UMNO mahu konsep itu digugurkan tetapi dihalang pemimpin tertinggi parti tersebut.
"Walaupun sudah 66 tahun merdeka, mereka masih memperjuangkan konsep Malaysia Malaysian. Tiba-tiba (Datuk) Nur Jazlan (Mohamed) minta gugurkan konsep Malaysia Malaysian, ada pemimpin UMNO kata itu bukan pandangan rasmi UMNO
"Ertinya yang membersihkan apa yang disebut DAP adalah pemimpin UMNO sendiri," katanya dalam Ceramah Kelompok Perikatan Nasional di Unit Daerah Mengundi (UDM) 09 Kampung Jeram dekat sini pada malam Isnin.
Turut hadir Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.
Sebelum ini, Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, meminta DAP menggugurkan tuntutan 'Malaysia Malaysian' dan menggesa komponen PH menilai semula komitmennya yang antara lain menghapuskan sistem kuota bumiputera berikutan hujah matlamat sedemikian menghalang parti berkenaan daripada mendapat sokongan orang Melayu.
Mengulas lanjut, Idris berkata, DAP sebelum ini cuba menyembunyikan agenda Malaysia Malaysian itu tetapi apabila diminta menggugurkan konsep tersebut, tembelang mereka pecah.
"Pemimpin DAP kata jangan cuba mainkan konsep Malaysia Malaysian, apa yang penting kepada kita ialah untuk memikirkan soal pembangunan. Nampak tak, agenda dia disembunyikan tapi terus berjalan.
"Dia cuma tak uar-uarkan tapi dengan takdir Allah SWT, dia telah keluarkan kenyataan dengan jelas (mempertahankan konsep itu). Terima kasih kepada Anthony Loke, terima kasih kepada DAP. Dia telah mengiyakan apa yang kita sebut selama ini, menjelaskan DAP tidak akan tarik balik konsep Malaysia Malaysian.
"Bagus dan senang. Kita pun tak anggap fitnah lagi maka itulah apa yang dikatakan, apa yang mereka nak perjuangkan dan inilah yang jadi kegusaran kepada kita," ujarnya.
Idris berkata, DAP kini berada dalam Kerajaan Perpaduan dan akan buat apa yang mereka mahukan tanpa pedulikan pihak lain kerana menganggap parti itu adalah 'king maker' yang boleh menarik sokongan pada bila-bila masa.
"Mereka tak peduli lebih-lebih lagi mereka 'king maker' dalam Kerajaan Perpaduan kerana tau orang tak berani sentuh mereka. DAP memegang nyawa dalam Kerajaan Perpaduan, kalau DAP tak sokong akan jatuh kerajaan," dakwanya.
Tambahnya, Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini sebenarnya adalah 'perpaduan' antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bukan perpaduan daripada orang bawahan mereka. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 05 2023

Idris berkata, amat mengejutkan apabila ada pemimpin UMNO mahu konsep itu digugurkan tetapi dihalang pemimpin tertinggi parti tersebut. - Gambar/ Sinar Harian

COP28: Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.

Risiko pembesaran prostat lebih tinggi bagi individu 50 tahun ke atas - Pakar
Individu berusia 50 tahun keatas berisiko lebih tinggi menghidapi penyakit pembesaran prostat berbanding golongan lebih muda.
AWANI Ringkas: Operasi SAR runtuhan gudang tamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sokongan antarabangsa untuk Palestin meningkat, terbongkar Israel tidak bermaruah - Pensyarah USIM
Dunia ketika ini menyaksikan peningkatan sokongan kepada negara dan rakyat Palestin yang terus dibantai oleh Israel.

Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.

Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang r
Agenda AWANI: Pembesaran prostat, ambil tahu risiko dan rawatan
Apakah yang dimaksudkan dengan Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) atau juga disebut sebagai pembesaran kelenjar prostat? Siapa golongan berisiko dan adakah ia boleh dirawat? Diskusi 9 malam

Lawatan Anwar, Srettha ke Selatan Thailand tingkatkan kerjasama pembangunan sempadan
Lawatan itu mengukuhkan kejasama antara Thailand dan Malaysia dalam pelbagai sektor, termasuk pembangunan infrastruktur, perdagangan, pelancongan, pertanian dan keselamatan sempadan.
Agenda AWANI: Solidariti bersama rakyat Palestin
Tarikh 29 November merupakan Hari Solidariti Antarabangsa dengan Rakyat Palestin sebagai sambutan rasmi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 1978. Diskusi 8.30 malam

Laporan Ketua Audit peruntukan kepada MSN 'lesap' tidak benar - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 pada 22 Nov mengenai wang sebanyak RM1.47 juta yang diperuntukkan kepada MSN 'lesap', adalah tidak benar.

PRK Kemaman: Saya bukti hidup DAP bukan parti rasis, anti-Islam - Rara
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, beliau adalah bukti hidup DAP bukanlah sebuah parti rasis dan anti-Islam, seperti didakwa pembangkang.

Fokus kerja dahulu, PRU16 lambat lagi
Anthony Loke berkata, tanggungjawab dan tugas parti semakin bertambah selepas menjadi sebahagian daripada parti komponen Kerajaan Perpaduan.

'DAP lebih terdesak' - Afnan Hamimi
Afnan Hamimi mendakwa sedangkan DAP yang lebih awal terdesak untuk bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Fitnah DAP: PDRM sahkan rakam percakapan Siti Mastura
Polis memaklumkan, memaklumkan, rakaman percakapan dibuat di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Pendedahan hanya buktikan Tun Dr Mahathir tidak ikhlas bekerjasama dengan DAP - Loke
Pengakuan Tun Mahathir bahawa beliau hanya mempergunakan DAP untuk menjatuhkan Najib, membuktikan beliau tidak pernah ikhlas bekerjasama dengan parti itu.

Kelab DAP Veteran Kebangsaan buat laporan polis terhadap Siti Mastura
Laporan polis itu merupakan yang kedua dibuat pemimpin DAP selepas Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid di IPD Brickfields semalam.

Solidariti untuk Palestin: DAP bantah program pamer kekerasan senjata di sekolah
Jelasnya, program seumpama itu hanya akan memberikan mesej dan pengajaran yang salah kepada generasi muda.

DAP tidak pernah antiraja - Loke
DAP menjelaskan parti itu tidak pernah bersikap antiraja sebaliknya menjunjung tinggi sistem Raja Perlembagaan.

Kon Yeow diminta kemukakan bukti - Guan Eng
Chow Kon Yeow diminta supaya mengemukakan bukti berhubung dakwaan ada pihak dari luar dan dalam DAP yang sedang merancang untuk menjatuhkannya sebagai Ketua Menteri dengan membuat pelantikan baharu.

Tafsir al-Quran: Khairy, Shahril tidak setuju tindakan Howard Lee
Kedua-dua ahli politik itu beranggapan kurang sesuai Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menggunakan ayat al-Quran apatah lagi dengan persepsi DAP tidak mesra kepada Islam.