awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Johor mahu semua jawatan dipertanding pada pemilihan

Bernama
Bernama
21/05/2018
22:43 MYT
UMNO Johor mahu semua jawatan dipertanding pada pemilihan
Mohamed Khaled (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di Pejabat Perhubungan UMNO Johor pada Isnin. Turut hadir Md Jais (kanan). - BERNAMA
UMNO Johor pada Isnin memutuskan semua peringkat jawatan dalam parti itu mesti dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan tersebut dicapai pada Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor yang diadakan petang semalam.
"Kita (UMNO Johor) setuju semua peringkat jawatan mesti dipertandingakan. Pada kita, ini peluang bagi UMNO untuk lakukan pembaharuan dan mempamerkan kesungguhan untuk berubah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.
Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday, Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali dan Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.
Mohamed Khaled berkata, mereka yang dipilih menjadi pemimpin kelak diharapkan dapat melakukan perubahan secara besar-besaran terhadap parti yang ditunjangi orang Melayu itu.
"Kita hendak supaya dia (yang dipilih) bawa soal perubahan dan pembinaan memulihkan semula UMNO secara besar besaran...dari segi struktur organisasi, perjalanan, tawaran kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu. Ini yang kita bincang dan capai hari ini," katanya.
Sementara itu, Mohamed Khaled turut mengumumkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir Hasni Mohammad, sebagai Ketua Pembangkang Barisan Nasional (BN) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Mohamed Khaled berkata sehubungan itu, pihaknya berharap kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan mengiktiraf dan memberi layanan sebaiknya kepada Hasni.
"Seperti sedia maklum, Pakatan Harapan mahu sistem dua parti dalam negara, oleh demikian, kami harap mereka mengiktiraf dan memberi layanan kepada Ketua Pembangkang dari BN," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Khaled Nordin
#Pakatan Harapan
#Pemilihan UMNO
#UMNO Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan