POLITICS
UMNO kekal relevan? Ini reaksi calon Ketua Pemuda UMNO

Usaha membawa UMNO kembali ke fitrah perjuangan perlu diterjemah dalam kepimpinan UMNO pasca pemilihan parti keramat Melayu itu penghujung bulan ini. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Usaha membawa UMNO kembali ke fitrah perjuangan perlu diterjemah dalam kepimpinan UMNO pasca pemilihan parti keramat Melayu itu penghujung bulan ini.
Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan menegaskan fungsi UMNO di peringkat cawangan perlu diperkukuh dan bukan sahaja berfungsi ketika berlangsungnya pemilihan parti.
"Berkenaan keterlibatan semua peringkat daripada cawangan sehingga ke pusat yang membawa kepada kebersamaan dan pemerkasaan cawangan-cawangan di seluruh negara.
"Kenapa pemerkasaan? Ini kerana cawangan hanya dilihat sebagai tempat untuk membuat mesyuarat sebaliknya cawangan adalah asas utama parti kerana tanpa mereka bahagian tidak akan wujud dan pusat tidak akan wujud," katanya yang turut mahu satu undi untuk satu ahli UMNO ketika sesi Dialog Calon Ketua Pemuda UMNO 2018 di Astro AWANI semalam.
"Sesiapa sahaja yang menjadi Ketua Pemuda UMNO selepas ini, tidak kira saya atau pun sahabat saya, apa yang penting ialah kita kena berani membawa pembaharuan tersebut.
"Perlu berani jikalau terpaksa tegur (pemimpin). Kita sendiri perlu saling menegur kerana apa niat kita adalah untuk mencipta kebaikan daripada teguran kita itu. Niat kita adalah untuk mebawa pembaharuan. Jadi kita buat dan jangan takut," tegasnya.
"Apa yang paling penting adalah untuk kita lakukan sesuatu untuk institusi Pemuda itu. Saya nampak yang paling penting kita mesti kembali kepada fitrah anak muda.
"Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk bertanding kerana saya mahu kita menjadi pembangkang di Dewan Rakyat yang boleh membuat semak dan imbang terutama menerusi dasar yang dilaksanakan kerajaan kini," katanya.
"Ia bermula dengan pemilihan ini, dalam mana rakyat sedang menanti-nantikan siapakah pemimpin yang akan dipilih oleh perwakilan.
"Kita ditolak rakyat bukan kerana perjuangan UMNO yang tidak kudus dan suci sifatnya, UMNO bukan ditolak kerana perjuangan Islam atau Melayu.
"61 tahun UMNO berjuang, kita telah membuktikan bahawa negara stabil dan aman hasil daripada perjuangan UMNO.
"Sebaliknya, ia adalah hasil kealpaan, kesombongan dan ketamakan kita. Kita dilihat bergelumang dengan isu-isu integriti, rasuah dan sebagainya. Akhirnya rakyat menolak kita," tambahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami